Jumaat, 10 Jun 2016

#KEKALBN #PRKKUALAKANGSAR YAMSENG JIKA MENANG.

Begitu angkuh sekali kenyataan Ng Sue Lim. Itulah pendedahan yang dibuat oleh Jocelyn Tan dalam kolumnya di The Star pada hari Khamis, 9 Jun 2016.
Menurutnya dalam satu ceramah, Ng menyatakan “Jika PAN mendapat undi lebih baik daripada PAS, kita akan raikan dengan Carlberg, Tiger dan Guinness Stout”
Kenyataan kasar dan mabuk dari Ng Sue Lim itu terus mendapat kecaman oleh Nasruddin Tantawi. Ahli parlimen PAS Temerloh itu lantas menyelar tindakan angkuh Ng Sue Lim itu di Facebooknya.
Mana suara YB YB PAS dari Selangor?
Nampaknya tujuan PAN kini bukanlah hendak menang sebagai ahli parlimen tetapi hanya mahu mengatasi undi PAS sahaja di Sungai Besar. Sudah tentu kenyataan Ng Sue Lim ini menjadi cabaran baru buat geng geng PAS di Sungai Besar.
Apa komen YB YB PAS di Selangor? Masih lagi mahu peluk cium dengan DAP dalam satu kerajaan negeri di Selangor? Azmin pergi mana? Hanya peluk tubuh sahaja bila DAP buat kenyataan begini. Kesian PAS, kena buli dengan DAP sampai begitu sekali
Masihkah ingat bagaimana  YB mabuk tersebut pernah melanggar seorang pelajar Melayu di Shah Alam sehingga koma.
Adakah Melayu Pas akan belot dan mengundi Pan yang ternyata menjadi agenda dan alat memusnahkan parti Pas?
Kepada  Melayu yang sudah terperangkap dengan parti PAN supaya tinggalkan segera parti sekular tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan