Ahad, 19 Jun 2016

“Kemenangan ini adalah kemenangan rakyat Kuala Kangsar - Kak Mas



19/06/2016 -- ‪#‎PRKKualaKangsar2016‬: Kemenangan BN Bukti Rakyat Letak Kepercayaan Terhadap Kepimpinan Tertinggi:- Datin Mastura Yazid

Kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar merupakan satu manifestasi yang rakyat meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap kepimpinan kerajaan.

Demikian ulasan yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang baharu, Datin Mastura Yazid selepas keputusan PRK menyaksikan BN mengekalkan kerusinya di parlimen tersebut.

“Kemenangan ini adalah kemenangan rakyat Kuala Kangsar yang memilih untuk meneruskan kesinambungan khidmat bakti Barisan Nasional di Bandar Diraja ini sejak lebih daripada empat dekad lamanya

“Saya masih memerlukan sokongan seluruh warga Kuala untuk pasti pembangunaan dapat dilaksanakan (di kawasan ini),”katanya kepada pemberita pada satu sidang media di rumahnya di Bukit Chandan malam tadi.

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis dan isteri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa serta jentera BN yang lain.

Keputusan PRK memihak kepada BN dengan kemenangan 12,653 undi iaitu majoriti 6,969 undi dan sterusnya menewaskan PAS (5,684 undi), AMANAH (4,883 undi) dan Bebas (54 undi).

“Keikhlasan yang dipamerkan oleh jentera yang berkempen selama dua minggu telah menyentuh hati saya, lebih-lebih lagi keranan keterbatasan saya sebagai calon yang tidak boleh keluar berkempen.

“Ribuan terima kasih diucapakan kepada pucuk kepimpinan Perdana Menteri dan isteri, Timbalan Perdana Menteri dan isterri, Menteri Besar dan isteri serta seluruh barisan di peringkat Negeri dan Pusat.

“Saya juga khaskan juga kepada pengundi Kuala yang telah beri saya kepercayaan menjadi wakil mereka di parlimen,”ucap Datin Mastura yang merupakan balu kepada bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad

Sepanjang kempen selama dua minggu, beliau yang telah diwakili oleh anak-anaknya untuk bertemu dengan rakyat.

“Berkempen selama dua minggu adalah pengalaman yang luar biasa dan istimewa, asasnya kami menyokong ibu kami untuk sambung perjuangan papa kami.

“Kami terima kasih kepada pengundi kerana beri kepercayaan kepada ibu kami,” kata anak sulungnya, Wan Emir Astar. Jay Nair

1 ulasan: