Khamis, 16 Jun 2016

Pembangkang di Kuala Kangsar tertekan dan terdesak


Setiap kali PRK dan PRU di mana-mana sahaja sikap buruk mereka akan terdedah pada saat akhir berkempen. 

Hari ini, ribut tidak, angin pun tidak, billboards Barisan Nasional yang tegak beraya telah diusik sehingga tumbang.

Biasanya puak-puak pembangkang akan membawa gergaji chainsaw atau parang atau apa sahaja peralatan untuk meruntuhkan apa juga bahan kempen milik BN. 

Biasanya mereka akan membawa lori kecil atau pickup truck dan sambil memasang bahan kempen mereka, ada pula petugas yang akan merosakkan bahan kempen milik BN.  Caranya mudah sambil bekerja ada yg cuba memutuskan ikatan dengan menggunakan pisau,  mengikat bahan pameran seperti billboard ke kenderaan mereka.

Apabila selesai tugas memasang bahan kempen mereka mereka akan beredar ke tempat lain. Sewaktu inilah peranan tali tadi akan menumbangkan billboards lawan. 

Ada juga dengan sengaja menyangkut bendera yang siap digantung kepada tangga yang tegak di atas lori, bila lori bergerak kain rentang akan disentap oleh tangga atau galah yang mereka bawa. 

Banyak lagi cara lain yang mereka lakukan. Biasanya kerja jahat mereka dilakukan pada lewat malam dan sewaktu tiada kelibat orang BN. 

Kata nak berpolitik secara matang dan berhemah tetapi perangai macam binatang atau manusia masih belum bertamadun. 

Budaya iblis setan tetap berhimpun di jiwa mereka.  




Sent from Samsung tablet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan