Selasa, 14 Jun 2016

Perbedaan antara kempen Barisan Nasional dan PAN #PRKKualaKangsar #PRKSgBesar

Parti pembangkang yang terdiri daripada PAN, PKR dan DAP telah menamakan pakatan mereka sebagai Pakatan Harapan. Nama Pakatan Harapan baru dua kali digunakan. Pertama di PRN Sarawak dan kali kedua di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Sebelum nama Pakatan Harapan beberapa nama telah digunakan seperti Pakatan Alternatif kemudian bertukar kepada Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan akan datang entah apa nama lagi.


Sememangnya dari awal lagi, gabungan pembangkang tidak pernah menjadi, semuanya hancur dan kali ini Pas terkeluar dari pakatan, sebelum in Parti Semangat 46 yang terkeluar kerana parti tersebut dibubarkan.

Mereka diibaratkan tidur sebantal tetapi mempunyai mimpi dan cita-cita yang berbeza-beza. Masing-masing bongkak dan mempunyai niat untuk kencing kawan dan makan kawan, persengketaan pakatan baru dengan parti Pas ibarat pepatah melayu habis madu sepah dibuang 

Pakatan dari zaman 80an gagal untuk didaftarkan dibawah satu bendera, satu lambang , satu visi dan misi

Berbeza dengan Barisan Nasional yang kekal menggunakan nama tersebut sejak 1974 lagi setelah penjenamaan semula dari lambang kapal layar dengan nama Perikatan.

Kini warna biru menjadi warna rasmi  Barisan Nasional dan dacing sebagai lambang pakatan BN.

Oleh yang demikian setiap kali ada program besar-besar gabungan 14 komponen parti semua memakai baju biru berlogo dacing.

Ia berbeza dengan Pakatan Pembangkang, mereka ikut musim, bila musim PKR semua ikut warna Pkr, sekarang PAN bertanding, semua pakai baju berwarna oren. 

Walaupun mereka cuba tunjuk penyatuan mereka tetapi gagal.

Lihat sendiri bagaimana ikon wanita melayu tidak bertudung Dyana Sofya yang diangkat dan di tatang bagaikan minyak yang penuh, kini apa jadi? Dia dilupakan dan di tinggalkan. 

Lim Kit Siang yang dianggap sebagai ayahanda kini lupa akan anakanda.


Baju UMNO

Baju Barisan Nasional

Barisan Nasional

Inikah baju koperat Pakatan? Ini lah Dap, musang berbulu ayam

Sekian....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan