Selasa, 14 Jun 2016

Kempen dua PRK semakin meriah bagi pihak Dap #PrkSgBesar #PRKKUALAKANGSAR

Kempen PRK  Sungai Besar  dan Kuala Kangsar oleh pembangkang, terutama untuk masyarakat cina cukup meriah.  Penceramah utama tak lain dan tak bukan ialah cina komeng dari parlimen Taiping.

Seperti biasa isinya ialah fokus kepada Perdana menteri dan isteri. Ia juga memuji negara jiran tempat asal parti Dap kononnya lebih baik daripada Malaysia.

Tetapi dia lupa negara jiran masih mengekalkan akta ISA,  semua pengkritik pentadbiran kerajaan akan menerima nasib buruk, sama ada ditahan tanpa bicara berbelas tahun di Pulau Sentosa, atau dimufliskan oleh mahkamah dengan denda yang teramat tinggi.

Satu perkara lagi dia melabelkan  Malaysia sebagai negara rasuah tertinggi dunia,  nak tanya sikit lah siapakah yang kuat merasuah kakitangan kerajaan?   Adakah makcik Joyah bt Hudud seorang penjual nasi lemak atau Lato'  Mr Robert  Tan Tipu Kuat yang merasuah untuk dapat tanah ?

Harap PAN sudi menjemput  Lim Guan Eng untuk kempen di kedua-dua  PRK ini dan berikan tajuk ceramah  " Dap dan Rasuah Berpisah Tiada".
Sekian. ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan