Selasa, 14 Jun 2016

Kempen provokasi perlu dihentikan #PrkSgBesar #KekalBN #PRKKUALAKANGSAR



Barisan Nasional tidak akan menggunakan ayat-ayat atau pun perkataan berbentuk provokasi dalam kempen yang boleh menggugat keharmonian rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar.


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, kempen berbentuk provokasi itu perlu dihentikan kerana ia boleh mencetuskan keresahan kepada rakyat yang boleh menggugat ketenteraman awam.






"Setiap kempen yang dibuat hendaklah menjaga adab dan tutur kata serta tidak mengeluarkan perkataan keji yang boleh mencetuskan keadaan tidak tenteram.

"Penceramah BN tidak akan terikut-ikut dengan ceramah berbentuk provokasi yang dimainkan oleh pembangkang dengan membuat pelbagai tuduhan dalam bulan Ramadan ini.

"Saya percaya rakyat tidak suka dengan ceramah provokasi dan saya percaya rakyat di sini tidak suka kerana ceramah mereka (pembangkang) itu akan memberikan suasana yang tidak baik kepada rakyat," katanya dalam sidang media selepas Majlis Bersama Pemimpin dengan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia di Dewan Taman Bukit Kerajaan di sini, petang tadi.

Dalam pada itu, Zamry menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan bagi melihat keseluruhan kandungan ucapan pada ceramah Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini yang mahu calon Pakatan Harapan 'membaling bom atom' ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika beliau menang pada PRK 18 Jun ini.

"Kita perlu berhati-hati supaya perkataan yang digunakan dalam ceramah tidak mencetuskan keresahan dengan istilah bom. Oleh kerana itu setiap ceramah perlu dilakukan mengikut peraturan dan undang-undang serta tidak di luar batasan," ujarnya yang juga Pengerusi BN Negeri Perak. -MediaUMNO

Sent from Samsung tablet.