Sabtu, 4 Jun 2016

 Tidak Tabur Janji Kosong – Zambry

Barisan Nasional (BN) tidak sesekali menabur janji-janji kosong dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Perak berkata pendekatan BN selama ini ialah menjanjikan sesuatu yang realistik dan mampu dilaksanakan untuk pengundi.

Zambry MB Perak1

Bagi PRK Kuala Kangsar kali ini, katanya BN akan meneruskan manifesto yang dibawa oleh bekas penyandang kerusi itu Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

"Paling penting, kita berikan penjelasan isu-isu yang dimanipulasi pihak sana (pembangkang) dan teruskan perkara yang dijanjikan dalam manifesto terdahulu," katanya selepas merasmikan Perhimpunan Penjawat Awam Bersama Menteri Besar dan Taklimat Isu Semasa oleh Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di sini, hari ini.

Mengulas mengenai pengumuman calon Pakatan Harapan semalam, Zambry yang juga Pengerusi BN Perak berkata BN bersedia menerima cabaran daripada mana-mana calon.

"Kita tiada halangan. Hak mereka nak namakan sesiapa. Kalau ada parti lain nak letak calon pun hak masing-masing.

"BN akan berdepan (calon lain) dengan cara kita, kaedah kita dan akan berikan yang terbaik kepada rakyat," katanya.

Semalam PAN menamakan bekas profesor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Ahmad Termizi Ramli sebagai calon Pakatan  bagi PRK  Kuala Kangsar




Sent from Samsung tablet.