Sabtu, 4 Jun 2016

Solat sunat terawikh 20 rakaat seluruh Perak

Semalam  dalam khutbah Jumaat,  khatib telah menegaskan bahawa Sultan Perak telah menitahkan supaya semua masjid tidak dibenarkan mengadakan solat sunat terawikh dengan memendekkan ke lapan rakyat. Sultan juga melarang sebarang bentuk tazkirah pada pertengahan solat sunat tersebut.

Sebelum ini banyak masjid di Perak yang dirampas urus tadbir oleh pembangkang melalui mesyuarat agung haram sekitar tahun 2000 telah menukar sistem yang sedia ada kepada sistem dan budaya parti siasah mereka.

Di Taiping terdapat beberapa buah masjid rampasan juga menjadikan masjid sebagai tempat berpolitik parti perampas.  Masjid dijadikan kubu atau markas parti mereka.  Sewaktu pilihanraya kecil P59 Bukit Gantang hampir kesemua masjid dan surau dijadikan hostel untuk penyokong dan jentera parti mereka berkampung,  khususnya mereka yang datang dari daerah lain dan negeri lain.

Awal tahun ini atau lebih tepat lagi, mesyuarat agung tahunan diadakan secara tertutup. Hanya kumpulan mereka sahaja yang dijemput hadir,  tiada lagi banner yang digantung di atas bumbung masjid seperti tahun 2000.

Bermula Ahad ini kempen pilihanraya kecil Kuala Kangsar akan bermula sehingga 18 Mei 2016. Kita lihat apakah mereka akan mengingkari titah baginda, adakah masjid akan menjadi hostel jentera pilihan raya mereka?  Sama-sama lah kita lihat gelagat mereka.