Rabu, 22 Jun 2016

ZURAIDA MP AMPANG PROKSI AZMIN ALI PULA BAKAL DI SOAL SIASAT SPRM KERANA KEKAYAAN ZURAIDA MELAMPAUI KEMAMPUAN

1. Selepas penahanan S Manikavasagam mantan MP Kapar kecoh seorang lagi orang kuat Menteri Besar Selangor, Azmin Ali bakal dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Selain Aduan banyak terhadap Manikavasagam sehingga dia tertangkap dengan duit RM30k, aduan terhadap Zuraida atau Mak Lampir tidak kurang banyaknya. Harta-harta Zuraida didedahkan kepada umum kini.

2. Berikut senarai pemilikan kenderaan mewah Zuraida Kamaruddin, Timbalan Pengerusi PKR Selangor yang juga Ketua Wanita PKR Pusat yang telah dikenal pasti. Iaitu;

1. BNT9138 - KERETA MERCEDES BENZ S280
2. BAT1111 - KERETA TOYOTA VELLFIRE
3. WTY575 - KERETA MERCEDES BENZ C200
4. BHT63 - KERETA TOYOTA FORTUNER 2.5G
5. W2956U - MOTORSIKAL DEMAK EX 90
6. W6901J - KERETA HONDA CIVIC HYBRID
7. WWA276 - KERETA TOYOTA HILUX D/CAB 3.0G
8. WTY1547 - KERETA TOYOTA HILUX D/CAB 2.5 AT
9. WRL575 - KERETA VOLVO XC90 2.5T

3. Semakan dalaman dengan JPJ kepada semua kenderaan (8 kenderaan) menunjukkan atas nama Zuraida Kamaruddin. Dengan gaji Ahli Parlimen terbaru RM16,000 sebulan tidak mungkin mampu memiliki semua kenderaan di atas. Dengan ertia kata lain pemilikan harta Zuraida melebihi kemampuannya. Persoalannya dari manakah Zuraida memperolehi pendapatan untuk membeli kenderaan mewah?

4. Fakta yang menarik perhatian, hanya satu kenderaan yang dimiliki oleh Zuraida (seperti dalam senarai) bukan atas nama beliau iaitu nombor pendaftaran BNT9138, Sebuah KERETA MERCEDES BENZ S280. Kereta ini didaftarkan atas nama sebuah syarikat. Iaitu;

Hanspec (M) Sdn Bhd
Suite 6.01 6th Floor
MENARA TKSS NO 206
JALAN SEGAMBUT
51200 KL

5. Siapakah syarikat Hanspec ( M) Sdn Bhd? milik saudara, proksi atau rakan perniagaan Zuraida?. Semakan menunjukkan ia dimiliki oleh orang Cina. Apa kepentingan syarikat ini boleh menghadiahkan kenderaan Mercedes Benz S280 kepada Zuraida? Kenderaan ini kelihatan digunakan oleh Zuraida dan disimpan. [Pemilikan Pengarah akan didedahkan kemudian].

6. Admin percaya tangkapan Manikavasagam Ketua Cabang PKR Kuala Selangor itu merupakan titik permulaan kepada pendedahan Rasuah Rafizi terhadap Azmin dan Kerajaan Selangor.

7. Memandangkan Zuraida ketika isu NFC Shahrizat dan Kisah Zahida Rafik RM1.5 juta begitu galak untuk mendedah kini giliran beliau pula sebagai ayam tambatan Azmin Ali pula menerima nasib sama. SPRM mesti ambil tindakan tegas atas laporan aduan terhadap Zuraida.