Rabu, 5 Oktober 2016

Nahas Helikopter Nuri Tentera Udara Di-Raja Malaysia (TUDM



Susulan nahas helikopter Nuri milik Tentera Udara Di-Raja Malaysia (TUDM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Balung, Tawau semalam, sudah sampai masanya TUDM menyegerakan proses penambahbaikan dan naik taraf helikopter Nuri bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa depan.

Langkah ini penting bagi memastikan kesiapsiagaan aset-aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa berada pada tahap tertinggi serta selamat digunakan.

Saya telah ingatkan kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan dan ATM sebelum ini bahawa tiada kompromi dalam soal keselamatan anggota dan kesiapsiagaan aset-aset ketenteraan kita.

Pada waktu yang sama, saya juga bersetuju dan menyedari pandangan masyarakat umum bahawa helikopter Nuri telah lama digunakan iaitu sejak tahun 1969 dan wajar diganti dengan aset lebih baru.

Penggantian helikopter Nuri merupakan satu proses berfasa dan perolehan pesawat EC-725 serta menaik taraf pesawat Nuri merupakan sebahagian dari proses meningkatupaya fleet helikopter TUDM.

Sehubungan itu, saya telah arahkan Panglima Tentera Udara menyediakan pelan tindakan dan penambahbaikan helikopter Nuri.

Saya juga mahu Panglima Tentera Udara memantau perkembangan pelan tindakan ini agar ia dapat dilaksanakan segera mengikut perancangan.

Saya akan mendapatkan taklimat khas daripada TUDM berhubung pelan tersebut sejurus pulang dari lawatan kerja luar negara pada minggu hadapan.

Sesungguhnya, Kementerian Pertahanan sentiasa komited untuk memastikan aset-aset pertahanan negara sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan anggota agar usaha kita untuk memelihara keselamatan dan kedaulatan negara tidak terjejas.

Saya kini berada di Paris untuk mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pertahanan Tertinggi Malaysia-Perancis bersama Menteri Pertahanan HE Jean-Yves LeDria


Sent from Samsung tablet.