Rabu, 23 November 2016

Akta Kelahiran di Malaysia - Perbetulkan Ejaan Nama

Dewan Rakyat petang ini juga membahaskan akta kelahiran dan kematian dan di terima untuk dibahaskan esok.

Yang ingin disentuh lah mengenai pendaftaran kelahiran.

Dua MP dan Bayan Baru dan Kuala Nerus yang membahaskan perkara ini tadi amat menarik. Bayan Baru mahu tulisan cina atau Pin Yin dicatatkan dalam surat kelahiran, manakala Kuala Nerus mahu ejaan jawi ditulis dalam surat kelahiran kerana sebutan berdasarkan ejaan jawi lebih tepat daripada ejaan rumi.

Apa yang menjadi permasalahan hari ini ialah ejaan nama anak. Apabila ibu bapa pergi ke pejabat pendaftaran kelahiran, pegawai yang bertugas dikaunter akan memberikan borang kosong dan terpulang lah kepada ibu bapa untuk menulis nama anak mereka. Pegawai jabatan pendaftaran akan menyalin apa saja yang ditulis oleh ibu bapa untuk didaftarkan.

Akibatnya ejaan nama anak banyak yang salah dari pelbagai sudut. Paling ketara ialah dalam ejaan yang mengambil nama junjungan besar nabi akhir zaman, pelbagai bentuk ejaan yang ditulis. ejaan berikut adalah ejaan yang biasa kita lihat. Mohamed, Muhammad, Mohamad, Mohd, Md. Muhmad, Mohamat dan sebagainya, Jika di lihat nama-nama lain ia langsung tidak mengikut hukum fonetik, fonologi, diftong dan hukum vokal berganding.

Oleh itu satu perisian hendaklah dibuat supaya ejaan pendaftaran kelahiran baru lebih standard. Ia juga bukan untuk nama-nama orang Melayu sahaja tetapi untuk semua kaum-kaum dalam Malaysia.

Oleh itu tak perlulah nak ikut cadangan Bayan Baru dan Kuala Nerus. Kita perkasa akan ejaan Bahasa Melayu yang betul hukumnya.