Rabu, 9 November 2016

KEHADIRAN TUN M HANYA GIMIK POLITIK

KENYATAAN MEDIA

YB DATO' SRI AZALINA OTHMAN SAID
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI



KUALA LUMPUR –  Tindakan Ahli Parlimen pembangkang menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad ke Parlimen menunjukkan mereka begitu terdesak sehingga perlu mendapatkan sokongan daripada pihak luar. Tindakan itu juga tidak lebih daripada hanya satu gimik politik pembangkang.

2.         Saya hairan kenapa pembangkang tidak menggunakan Peraturan Mesyuarat sedia ada bagi membawa usul untuk dibincangkan sesuatu perkara yang tidak dipersetujui di dalam Dewan Rakyat.  Mendiang Ahli Parlimen Bukit Gelugor pernah membawa usul  kepada Dewan Rakyat berhubung isu penahanan beliau di Parlimen pada 26 Februari 2009. Usul itu telah diluluskan dan satu Jawatankuasa Pilihan telah ditubuhkan bagi menyiasat insiden tersebut. Jawatankuasa yang dibentuk itu turut dianggotai oleh Ahli Parlimen BN dan Pembangkang yang mana Lim Kit Siang (Ipoh Timur) juga antara ahlinya. Dewan Rakyat mempunya mekanisme dan prosedur  tersendiri untuk mengadili sesuatu perkara itu secara adil dan saksama.

3.         Justeru, saya berpandangan kehadiran Tun Dr Mahathir tidak akan membawa apa-apa makna kepada sistem Parlimen hari ini. Mampukah Reformasi Parlimen yang kita telah laksanakan dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak ini direalisasikan ketika zaman beliau menjadi Perdana Menteri?

DATO' SRI AZALINA OTHMAN SAID
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

8 November 2016

1 ulasan:

  1. KALAU BEGITU, KAU TAK PERLULAH SIBUK,kan.
    Bila kau sibuk, ini ertinya kau DESPRATE.
    Cuma orang desperate saja yang sibuk

    BalasPadam