Rabu, 22 Mac 2017

Yang Takut Debat Adalah Mahathir Bukannya Nazri





Cuba tanya dengan buang emosi. Cuba bertanya dengan sedikit logik. Siapa akan rugi jika debat diadakan? Nazri ? Najib ? atau Mahathir?

Jika dikumpul semua fakta, terlalu jelas yang akan terganggu akibat debat adalah kempen dan serangan terhadap Datuk Seri Najib oleh Mahathir.

Mahathir pula yang terpaksa bertahan untuk menjawab soalan soalan yang bakal Nazri ajukan. Soalan soalan itulah yang akan hantui Mahathir semasa debat dan selepas debat berlaku.

Tanpa perlu debat pun Mahathir hari hari memburukkan Najib, malah jika jika seekor monyet mati atas pokok pun Mahathir akan persalahkan Najib di mana mana sahaja majlis ceramah dan ucapannya.

Maka boleh ditanya apa yang "baru" tentang hal memburukankan Najib? Tiada yang baru, semuanya dikitar semula sejak 3 tahun lepas.

Menyatakan Nazri Aziz takut adalah satu kerja bodoh. Ini kerana Nazri pernah berdebat datang berseorangan sahaja dengan memakai kain pelikat dan kopiah berhadapan ribuan orang PAS suatu ketika dahulu.

Tambah lagi Nazri tiada bagasi dibawa bersamanya. Sedangkan Mahathir ada bagasi berlori lori untuk diceritakan.

Lagi pun debat sudah dijangkakan akan membosankan jika Mahathir sahaja yang bercakap kerana para hadirin sudah boleh teka apa yang Mahathir mahu bangkitkan .

Apa yang menarik adalah apa yang Nazri Aziz akan bangkitkan. Nazri juga bukan calang dalam bab memperli dan sindir , tambah lagi amat mengetahui kain buruk Mahathir dalam almari yang selama ini UMNO dilarang untuk mengaibkan.

Mungkin Mahathir boleh menjawab, namun yang pasti ia akan diketahui oleh rakyat.

Mahathir kini sedang dihasut oleh para panglimanya untuk menarik diri tetapi dengan membuat kerja lain dan cara yang menampakkan pembatalan bukan datang dari pihak Mahathir.

Namun Nazri dengan segera memberi pengumuman tarikh debat yang baru iaitu pada 7 April 2017 jika tidak berlaku pada 25 Mac.

Maka nampak sungguh Nazri mahu debat diadakan juga. Ini bukti Nazri ada sesuatu hendak dibangkitkan masa debat nanti.

Mahathir dinasihatkan berundur oleh beberapa individu yang rapat kerana mereka amat takut dengan pendedahan Nazri.

Penjelasan yang Nazri beri boleh menjejaskan kempen memburukkan Najib kerana rakyat sudah dengar cerita baru.

Cerita baru lebih laku berbanding cerita lama yang diulang ulang putar umpama kaset radio buruk oleh Mahathir.

Pihak panglima Mahathir kena menjawab dan bertahan dengan pendedahan terbaru Nazri. Ini akan membuat keadaan tidak berpihak kepada mereka.

Pendek kata bagasi milik Mahathir lebih besar dan ada banyak lagi yang belum diketahui umum. Kalau Nazri dedahkan, berpeluh panglima panglima Mahathir hendak pertahankan.

Maka atas sebab itulah, kerja kerja untuk membatalkannya telah diusahakan oleh para panglima ini. Mereka cuba menampakkan pihak lain yang enggan dan takut.

Selain persoalkan hal Najib,  Mahathir juga terpaksa menjawab hal sendiri di atas pentas. Maka adalah lebih baik mengelakkannya dari mencari masalah baru.

Oleh itu, pembatalan dengan sebab sebab tertentu terjadi.

Maka yang sah pihak Mahathir yang banyak rugi.  Tanpa debat pun Najib sudah hari hari dihina dan difitnah oleh puak puak bunga atas pentas ceramah.

Cuma dengan adanya debat, Mahathir terpaksa jelaskan fitnah dan autanya kerana didepannya ada individu menunggu giliran.

Mahathir yang takut berdepan dengan bekas menterinya sendiri dahulu. Mahathir takut berada dalam kedudukan bertahan dan menjawab. Debat akan ganggu momentumnya untuk menyerang dan terus menyerang.



Sent from Samsung tablet.