Selasa, 11 April 2017

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Khalid Samad



Rayuan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ditolak bila Mahkamah Rayuan menolak semakan kehakimannya hari ini dan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Klang sebelum ini yang mensabitkan kesalahan terhadap Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara serta didenda didenda RM2,900 atau tiga bulan penjara kekal.

"Mahkamah Syariah juga telah memutuskan Khalid bersalah. Jadi, kenapa nak bawa lagi ke Mahkamah Persekutuan?" kata Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif ketika memutuskan Mahkamah Rayuan menolak rayuan Khalid.

Khalid memohon mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar kesahihan peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.

Kata Tan Sri Md Rauf panel tiga hakim yang bersidang hari ini sebulat suara menolak permohonan Khalid.

Kalau ikut laporan The Star Online, mengikut Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan, Khalid hilang kelayakan sebagai ahli parlimen kerana didenda melebihi RM2000.