Isnin, 10 April 2017

MB Inc Beri Manfaat, Ngeh Puji Dalam Senyap Datuk Mohammad Zahir Khalid







Published on Apr 10, 2017 10/04/2017 --

MB Inc Beri Manfaat, Ngeh Puji Dalam Senyap:- Datuk Mohammad Zahir Khalid Dalam menentang dan menidakkan kepentingan dan manfaat yang dibawa oleh Perbadanan Menteri Besar (MB Inc), pembangkang dilihat mengakui dalam diam terhadap perolehan positif yang dibawa. 

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dengan merujuk kepada perbahasan ADUN Sitiawan (DAP), Ngeh Koo Ham semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), minggu lepas. 

"Hujah Sitiawan pada hari pertama perbahasan dia sebut tahniah kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) kerana dapat anugerah dalam anugerah inovasi KSN dan sebenarnya sistem yang dibina dan dianugerahkan itu merupakan usahasama dilakuka n oleh PRG dan MBI Inc. 

" Dia buat pujian dan dalam masa yang sama dia 'belasah' MB Inc. Dia tidak tahu ke bahawa anugerah itu turut sama mengikhtiraf pengurusan MB Inc," katanya kepada pemberita sebelum sesi penggulungan beliau hari ini. 

Pembangkang khususnya DAP, mengitar semula isu MB Inc setiap kali sesi sidang DUN, antaranya mendesak agar penyata kewangan perbadanan itu dibentangkan di Dewan. 

"Akaun MB Inc dan anak syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syraikat diaudit setiap tahun oleh pihak bertauliah. Menerusi Enekmen MB inc ia tidak ada keperluan dan kewajipan MB Inc membentangkan penyata kewangannya di dewan seperti juga dengan negeri lain," ujar Datuk Mohammad Zahir yang merupakan ADUN Kemunting. 

Tambahnya lagi, seperti di Selangor dan Pulau Pinang masing-masing mengakui akan perkara itu yang mana tiada kemestian penyata perbadanan seumpamnya dibentangkan. 

"Ini diakui oleh ahli parlimen PKR Kelana Jaya apabila membuat laporan awal berkenaan DEIG (Selangor). 

"DAP turut akuinya pada sesi persidangan DUN Selangor pada 7 Sept 2015 dan ini diakui oleh Menteri Besar Selangor. 

"Jadi isu pembentangan penyata kewangan pernah dijadikan isu di dewan Selangor pada tahun 2015, dan sehingga kini tiada pembentangan dibuat," jelas beliau lagi. 

Pembangkang di Perak membangkitkan hal ini dengan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap MB Inc yang iaitu antara termasuk mempersoalkan kredibiliti dan integriti pengurusan serta hasil yang diperoleh tidak membantu semula kepada rakyat.