Khamis, 6 April 2017

PBBM SEMAKIN PARAH. REBAH DIPINTU HOSPITAL

Malam ini Dewan Rakyat terus bersidang sampai lewat malam, pembangkang mula buat kecoh pada jam 11.15 semasa Larut membentangkan RUU. Pembangkang mencari alasan untuk menangguhkan persidangan pun begitu speaker tetap meneruskan sehingga terpaksa menurunkan jam dinding gara-gara protes dari Kuantan.. Akhirnya RUU Perlindungan Pengguna 1999 diluluskan dengan 61 undi dan 27 undi yang menolak.

Bagaimanapun di Rembau lain pula kisahnya. Malam ini di Senawang, ahli parti bunga telah keluar beramai-ramai.

Pada awalnya Khairuddin dan Ezam yang keluar, kemudian Halim kayu Tas yang popular di whatapps telah mengisytiharkan bahawa dia tak akan sertai parti bunga walaupun pada awal-awal beria-ia sangat menyokong Tok Wan.

Beberapa hari lepas dapat pula info yang menayatakan GKCM atau Gerakan Ketua Cawangan Umno Malaysia yang mencetuskan perhimpunan di Stadium Sultan Sulaiman sebelum perhimpunan Umno tahun lepas. Kini mereka juga sudah menolak PBBM.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan