Selasa, 23 Mei 2017
BARISAN NASIONAL 2.0 AKAN BERI KELAINAN – RAHMAN DAHLAN
Diiringi laungan ‘Hidup Barisan Nasional’ dan ‘Negaraku Malaysia’ Ceramah Rakyat: Negaraku Generasiku yang bertempat di P.044 Permatang Pauh yang menampilkan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menghangatkan Seberang Jaya, Pulau Pinang dengan tegas mengecam pembangkang yang terus-menerus menipu dan membohongi rakyat.
Memulakan ucapan beliau, Rahman menyentuh ketiadaan Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Dr Wan Azizah dengan sindiran kiriman salam buat beliau.
“Saya ingin kirimkan salam saya buat Ahli Parlimen Permatang Pauh yang selalu hilang, Wan Azizah.”
Tambahan beliau lagi, Barisan Nasional Pulau Pinang akan terus menampilkan wajah-wajah untuk mengembalikan Pulau Pinang kepada Barisan Nasional.
“Kita mahu memberikan kelainan dengan iltizam baru dan belajar dari kesilapan yang lepas dengan wujudnya Barisan Nasional versi 2.0.
“Barisan Nasional versi 2.0 akan memperbaiki kesilapan dan versi 2.0 ini akan menyelamatkan rakyat Pulau Pinang daripada Lim Guan Eng dan konco-konconya.
Dihadapan lebih 500 hadirin yang memenuhi Ceramah Rakyat: Negaraku Generasiku, Rahman menyentuh pembohongan Kerajaan Pulau Pinang antaranya akan kewujudan perumahan mampu milik, masalah kesesakan lalu-lintas, pencemaran alam sekitar, isu jual tanah dan pelbagai isu-isu lain.
“Tidak serikkah lagi? Mahu beri lima tahun lagi?
"Berilah kami peluang, dan kami akan memberikan kerajaan yang terbaik untuk anda."