Rabu, 31 Mei 2017

#GUAN ENG KAKI GADAI TANAH



#PiMana16Billion?
#16billionHilangPiMana?
#GuanEngKakiGadaiTanah



*HASIL GADAI TANAH BERNILAI RM16 BILLION*

Pada tahun 2011 tanah berkeluasan 102 ekar hak milik kerajaan negeri, dijual kepada Ivory Properties dengan nilai RM1.07 bilion. 

Ini diikuti tanah seluas 110 ekar dijual lagi kepada Consortium Zenith dengan nilai RM6.3 bilion pada tahun 2013. 

Pada tahun yang sama juga, kerajaan DAP Penang telah menjual sebidang tanah seluas 40 ekar bernilai RM600 juta kepada P. E Land.

Pada 2014, DAP Pulau Pinang jual tanah seluas 245 ekar dengan anggaran nilai RM2.4 bilion telah dijual kepada Aspen Vission.

Ini diikuti dengan penjualan 30 ekar tanah yang dianggarkan bernilai RM57 juta kepada Paramount Group. 

Seterusnya, sebidang tanah lagi berkeluasan 470 ekar yang dianggarkan bernilai RM 1.02 bilion dijual kepada Eco World dan tanah seluas 103 ekar yang dianggarkan bernilai RM1.09 bilion kepada Temasek Singapura. RM3.5 billion lagi adalah kepada Hunza Land.

*GADAI TANAH PEEL AVENUE DI BAWAH HARGA PASARAN & TANPA TENDER*

Terbaru isu skandal jual tanah Peel Evenue pada harga RM156 juta iaitu di bawah paras harga pasaran. Kawasan berhampiran Gurney Drive itu bernilai RM 1,500 setiap kaki persegi dan Pulau Tikus, RM 1,000 setiap kaki persegi.Tetapi dalam soal tanah Avenue harganya hanyalah RM 560 sekaki persegi.

Apatah lagi, proses jual beli berkenaan dilakukan oleh Lim Guan Eng mengikut kaedah rundingan terus tanpa sebarang tender terbuka. Adakah ini dilakukan untuk 'mengenyangkan perut' kroni Guan Eng iaitu Tan Sri Tan Kok Ping yang merupakan Penasihat Dewan Peniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC)?

Jangan kita lupa, isteri Guan Eng iaitu Betty Chew juga pernah dilantik menjadi AJK PCCC bersama-sama penjual banglo murah kepada Guan Eng iaitu Phang Li Koon. 

*9  KALI GUAN ENG GADAI TANAH PENANG TANPA TENDER TERBUKA*

Ini bukan kali pertama Guan Eng jual tanah tanpa tender terbuka, sebelum ini sudah 8 kali dah Guan Eng buat. 

1) Pearl Avenue, 6.4 ekar
2) Aspen Group Batu Kawan, 245 ekar
3) Bayan Bay by Ideal - 25 ekar
4) Paramount Corporation Batu Kawan
 - 30 ekar
5) PTK Logistic Group Sdb Bhd for University of Hull - 70 ekar
6) Eco World - 375 ekar
7) Bandar Cassia - 11,800 unit rumah mampu milik Surbane International Consultants (M) Sdn Bhd. 
8) SSO & CMC Temasek

Kesembilan adalah isu skandal jual tanah Peel Evenue pada harga RM156 juta yang dijual tanpa tender terbuka.

*TANAH PENYEBAB GUAN ENG TERBABIT KES RASUAH*

Guan Eng juga kini terpalit isu rasuah kerana isu tanah. Guan Eng didakwa dibawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana meluluskan zon semula tanah milik syarikat Phang Li Koon, Magnificent Emblem dan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana membeli banglo di bawah harga pasaran. 

Bila Guan Eng ditahan di SPRM dan mahkamah memutuskan ikat jamin bernilai RM1 juta. Terusn kroni kroni Guan Eng buat kutipan derma kilat. Hunza Group antara yang menyumbang.

Hunza Group mendapat projek pembangunan bernilai RM3.5 billion di Penang. Tanah milik Yayasan  Bumiputra Pulau Pinang telah dijual kepada Hunza Land, proksi Guan Eng. 

Bila Guan Eng buat kutipan derma kilat , Hunza Land menyumbang dana RM200,000 untuk bebaskan Guan Eng. DAP mengkayakan proksi kemudian bila pemimpin DAP susah, proksi ini membantu kembali. 


*#PiMana16Billion?*
*#16billionHilangPiMana?*
*#GuanEngKakiGadaiTanah*