Baginda SAW pernah memerintahkan beberapa orang sahabatnya untuk keluar dari Negara Islam Madinah memungut as-sadaQat, bagi kegunaan membiayai mana-mana projek yang bakal dilaksanakan Baginda saw.
Namun selepas turunnya wahyu, ianya menjadi suatu kewajipan (zakat) dan bukannya as-sadaQat (sumbangan sukarela) lagi sebagaimana FirmanNYA;
Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (at-Taubah:103)
Pemerintah melantik amil-amil sebagai pemegang amanah menguruskan zakat bagi kepentingan ekonomi dan maslahah umat Islam.
Jumhur fuQaha bersetuju bahawa ayat al-Quran di atas merupakan dalil wajibnya menunaikan zakat kepada pemerintah. Dalam konteks ini di Malaysia pentadbiran zakat ialah melalui Majlis Agama Negeri masing-masing.
Selaku Ketua Negara Islam Madinah, RasuluLLAH SAW berhak mengutip zakat dan melantik amil-amil di kalangan para sahabat Baginda saw (yang terpilih dan memenuhi kriteria tertentu) bagi mengurus dan mentadbir hasil mahsul negara.
Dalil di atas juga menjadi hujah kukuh bagi Abu Bakar as-SiddiQ, selaku Ketua Negara Islam Madinah selepas RasuluLLAH saw untuk mengutip zakat, sehinggakan beliau r.a. berkata;
“Jika mereka enggan membayar walaupun seekor kambing yang pernah mereka berikan kepada RasuluLLAH, nescaya akan aku perangi mereka itu”.
Zakat dan institusi zakat merupakan sumber ekonomi dan tulang belakang pembangunan ekonomi umat Islam. Sebarang elemen dan anasir yang cuba menghakis keyakinan masyarakat terhadap institusi zakat dianggap sebagai perosak kepada ekonomi umat Islam.
Lebih jauh dari itu, jika mereka bersekongkol dan bersekutu dengan musuh-musuh Islam menyerang institusi dan organisasi yang menguruskendalikan zakat, maka mereka selayaknya dianggap sebagai musuh Islam.
Justeru itu, timbul persoalan tentang agenda pihak-pihak tertentu yang menggalakkan pembayar zakat menunaikan kewajipan berzakat (memberi terus) kepada golongan asnaf tanpa melalui amil-amil yang dilantik oleh institusi zakat.
Apa agenda mereka sebenarnya?
Di Pulau Pinang Exco nya bangga kerana kutipan zakatnya semakin meningkat selepas Pulau Pinang dikuasai oleh Dap, Pkr dan Pas.
Dengan sombongnya Zaidi Pegawai Lim Kit Siang menulis di bawah.
ALKISAH 2008 |
Mungkin Malik dan Zaidi lupa kerana Pas dahulu melarang pengikutnya membayar zakat kepada pihak lain kecuali Amil Pas sahaja.
Selepas mereka mengambil alih 2008, Pas sendiri telah buat kempen besar-besaran supaya ahli mereka membayar zakat kepada Amil Kerajaan. Kes yang sama berlaku di Perak semasa Nizar menjadi menteri besar.
ORANG MELAYU SEMAKIN MISKIN DI PULAU PINANG? LIHAT STATISTIK KUTIPAN ZAKAT DI P PINANG
2007 (BN) kutipan zakat 34 juta pembayar 46 ribu org
2008: 38 juta 48 ribu pembayar
2009: 49 juta/ 50 ribu
2010: 49.2 j/52 ribu
2011: 58j/55 ribu
2012: 72j/56 ribu
2013: 81j/60 ribu
2014: 82j/62 ribu
2015: 88j/63 ribu
2016: 91juta