Isnin, 29 Mei 2017

Syed Mokhtar Al Bokhary adalah Proksi Mahathir dalam Proton

Cabaran Tunku Abdul Aziz terhadap Tun Mahathir dan Syed Mokhtar Al Bokhary adalah logik dan betul. Hari ini Tunku Abdul Aziz menyatakan Syed Mokhtar Al Bokhary pada pandangan beliau bukan lah pemilik sebenar Proton.

Syed Mokhtar Al Bokhary adalah proksi kepada Tun Mahathir dalam Proton. Oleh itu Tunku Aziz mencadangkan agar Sheikh Bokhari membuat satu kenyataan bagi menjelaskan kerumitan.

Hari ini semua orang tahu bahawa Tun Mahathir telah digugurkan daripada Penasihat Proton berikutan kritikan beliau yang melampau terdapat kerajaan.

Walaupun Mahathir bukan lagi pengerusi Proton terapi terus mengganggu urus tadbir Proton. Sedangkan Sheikh Bokhary terus mendiamkan diri daripada membuat sebarang ulasan atau kenyataan media.

Hari ini PKR dalam akhbar Suara Keadilan menyatakan Syed Mokhtar Al Bokhary adalah proksi Mahathir dalam penganugerahan lesen perkhidmatan telefon 4G.

Sementara itu dalam satu lagi media elektronik Media News juga menyebut Syed Mokhtar adalah tangan ghaib kepada Tun Mahathir.


Syed Mokhtar dan Mokhzani Mahathir adalah 10 orang melayu terkaya di Malaysia, cuma Tun Mahathir sahaja yang tidak tersenarai.  Jika benar Syed Mokhtar adalah proksi Mahathir maka Tun Mahathir adalah Mamak terkaya di Malaysia..

Sebelum ini Mahathir dalam blog nya seperti meluahkan rasa kecewanya apabila Proton menjalinkan kerjasama dengan Geely.

Jika benar kata Tengku Abdul Aziz dan penulisan terbaru dalam blog Another Brick in the wall adalah benar bahawa Tun Mahathir adalah Pelakon Terhebat dalam Drama Proton Geely.