Selasa, 9 Mei 2017

Nostalgia : Hipokrasi DAP menentang Lynas




5 Tahun dulu, pada tahun 2012, Kumpulan Dap, Pas dan Pkr telah bersama-sama membuat beberapa siri bantahan terhadap Lynas yang bermula di Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain seperti Pulau Pinang  Di Kuantan Fauziah ahli parlimen Kuantan bukan main galak memfitnah Lynas, akibat dari itu Fauziah mendapat panggilan Fauziah toron.



Manakala di Pulau Pinang Ngo dan Dap menggunakan kesempatan tersebut untuk membantah Lynas.
Malangnya Pulau Pinang kini diancam bencana alam akibat penambakan laut yang tidak terkawal. Manakala Bukit Bendera semakin gondol diratah oleh  kroni Lim Guan Eng.

Dap adalah parti perkauman,  Lynas adalah milik orang Melayu, maka ia ditentang tetapi perlombongan boksait tidak dipedulikan . Ini kerana majoriti pelombong dan pengusaha lori bukan Melayu, maka Dap tutup mulut.

Begitu juga projek tambak laut. Andai kata ia projek Umno sudah tentu Dap dan sekutunya akan membuat bantahan.