Selasa, 9 Mei 2017

Pembuangan Sampah Berhampiran SMK Taman Panglima Taiping Menjijikan



















Sungguh menjijikkan, bau yang busuk membuatkan loya tekak. Ini lah suasana yang terpaksa ditempuhi oleh pelajar dua buah sekolah iaitu SK Taman Panglima dan SMK Taman Panglima apabila berulang alik setiap hari dari kawasan-kawasan perumahan yang berhampiran.

Sampah yang dibuang adalah terdiri daripada sisa-sisa makanan daripada penjaja, bahan buangan binaan, tayar buruk, plastik, polisterin dan sebagainya.

Adalah diharapkan pihak Majlis Perbandaran Taiping dapat mengambil tindakan terhadap mereka yang membuang sampah di lokasi tersebut.

Ia betul-betul bersebelahan bekas tinggalan rumah bakar mayat orang Buddha, Cina dan Hindu.