Isnin, 22 Mei 2017

PAS KE ARAH PENYATUAN UMAT ISLAM


Tahniah Pas kerana telah keluar dari kotak pemikiran jumud. Walaupun sudah agak terlewat tetapi ianya masih boleh diterima oleh khalayak.

Apa yang perlu sekarang ialah Pas perlu membulatkan hati  keseluruhan ahli Pas agar tidak berserabut, tidak berbeza pendapat, tidak bertelagah, tidak banyak mazhab tidak lagi mengkafirkan pihak lain dan yang paling utama janganlah menentang dan memusuhi Umno yang dominan.

Pas tidak perlu membenci Umno, tidak perlu memfitnah Umno, Jadikan lah Umno sebagai rakan dan kawan. Carilah titik persamaan bukan titik perbezaan.

Cukuplah, selama 66 tahun penubuhan Pas, Umno menjadi musuh nombor wahid  parti Pas, kini zaman telah jauh berubah. Umno yang majoriti nya Melayu Islam tidak sepatutnya terus dijadikan musuh.

Musuh sebenar Pas adalah diluar sana yang cuba untuk menukar negara ini menjadi negara sekular dan menukar negara ini menjadi negara  Kristian Avangelis. Mereka yang sentiasa memusuhi Islam, mereka perlu diperangi kerana mereka adalah kafir harbi bukan kafir zimmi yang wajib kita lindungi.

 

PAS menggesa umat Islam bersatu dan memastikan dua pertiga anggota parlimen di Dewan Rakyat beragama Islam bagi mengukuhkan kuasa politik mereka.
Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, meskipun Islam merupakan agama persekutuan dan majoriti penduduk adalah muslim, namun masyarakat Islam di negara ini masih lemah.
"Islam sebagai agama Persekutuan. Majoriti penghuni negara ini ialah muslim. Pemimpin utama negara beragama Islam. Tapi umat Islam masih lemah dalam jumlah mereka yang ramai, hina di hadapan kaum bangsa sendiri, bangsat di atas tanahair sendiri.
"Kuasa politik Islam wajib diperkasa. Suara Islam mestilah 2/3 majoriti di parlimen," jelas Nasrudin dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, umat Islam perlu bangkit dari lena yang panjang dan keluar dari zon selesa mereka.
"Umat Islam wajib bersatu untuk mengembalikan maruah dan izzah ummah," kata Nasrudin.
Pada masa ini, terdapat seramai 135 anggota parlimen beragama Islam di Dewan Rakyat atau bersaaman 61 peratus daripada keseluruhan 222 anggota parlimen.
Gesaan Nasrudin itu adalah jauh berbeza dengan slogan "PAS untuk semua" pada dua pilihan raya umum yang lalu.
PAS baru-baru ini memutuskan hubungan dengan PKR dan merancang untuk bertanding sekurang-kurangnya 100 kerusi parlimen di seluruh negara.

APA YANG PERLU DILAKUKAN PAS HARI INI IALAH MENGEMBALIKAN AHLI-AHLI MEREKA YANG TELAH SESAT DAN  YANG MENINGGALKAN PARTI UNTUK BERSAMA JEMAAH SYIAH YANG MENYOKONG KAFIR HARBI.