Ahad, 21 Mei 2017

PAS ATAU PKR YANG LEBIH KUAT?

Dr Afif Bahardin AMK parti keadilan memang tersohor dengan hujah yang panas umpama luahan lahar gunung berapi.

Hari ini beliau memberi peringatan kepada Pas supaya tidak mendabik dada menyatakan mereka sebuah parti yang kuat.

Peringatan mesra itu sungguh melucukan. PKR harus malu kerana parti itu ditubuhkan oleh Wan Azizah semata-mata untuk membalas dendam terhadap Dr Mahathir yang telah menyumbat Anwar Ibrahim ke dalam penjara selama 15 tahun atas dua kesalahan iaitu salah laku seks dan salah guna kuasa.

Kesilapan Pak Lah yang membebaskan Anwar Ibrahim telah memberi impak yang besar terhadap PKR. Parti yang semakin lemah ketika itu kembali hidup segar selepas Anwar dibebaskan. Walaupun Anwar tidak boleh bertanding selama 5 tahun tetapi gegaran aura Anwar tidak boleh dipertikai kan.

Anwar dan Pak Lah seolah-olah telah berdamai dan mereka berdua telah berjumpa dalam satu majlis makan tengah hari di Hulu Langat bersama seorang pemimpin jemaah kumpulan dakwah Islam dari Kedah.  Perjumpaan sulit itu tidak pernah didedahkan kepada umum.

Mungkin Anwar ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas pembebasan beliau dan mungkin mengucapkan terima kasih kerana mengembalikan pasport antara bangsa kepada Anwar.

Namun langit tidak selalu cerah. Pak Lah dilanyak oleh Anwar sehingga BN tewas di 5 buah negeri.

Walaupun Pak Lah menang besar pada PRU 2004 tetapi musnah segalanya pada PRU 2008. Ketika ini lah Mahathir memainkan peranan dan mendesak Pak Lah melepaskan jawatan. Mukhriz juga dengan berani telah menulis surat kepada Pak Lah agar segera meletakkan jawatan. Faktor lain yang mombawa kepada kekalahan BN ialah jarum yang dimainkan oleh Mahathir melalui penulisan media internet.

Harus di ingat bahawa kemenangan PKR dalam PRU 2008 bukan lah kerana PKR kuat, tetapi kebijaksanaan Anwar mempergunakan dan menunggang Pas secukupnya untuk kemenangan parti mereka.

Jadi kepada Dr Afiff, jangan lah lupa jasa dan sumbangan Pas dalam beberapa PRU yang lalu untuk memberi kemenangan kepada PKR. Malah Pas sanggup meminjamkan calon-calon Pas dan mengguna pakai lambang PKR.

Begitulah pengorbanan Pas yang banyak membantu PKR. So, kepada Dr Afiff janganlah sombong dan bongkak.



AMK mengingatkan bekas rakan kerjasama politiknya iaitu PAS, supaya tidak mengaku kuat dan berpijak di bumi yang nyata.
Timbalannya Dr Afif Bahardin berkata, segala tohmahan dan dakwaan yang dibuat parti itu ke atas PKR adalah tidak berasas.

"Baru-baru ini ada parti, lainlah. Parti lain sebut Keadilan ini bukan parti akar umbi, kata kita tiada jentera. Tak mampu gembleng sokongan rakyat. Saya nak beritahu parti ini, kalau daripada merdeka bertanding tak menang-menang jangan mengaku kuatlah.
"Keadilan hari ini baru 18 tahun. Muda, remaja. Waktu itulah paling tangkas, paling lincah, paling lasak. AMK akan buktikan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ini kita paling berdepan dalam menghadapi Barisan Nasional," katanya dalam ucapan penggulungan Kongres Nasional Angkatan Pemuda Keadilan ke-12 di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang turut menyifatkan tindakan bekas rakan kerjasamanya itu untuk tidak bersama blok pembangkang dalam menghadapi PRU akan datang sebagai pengkhianat rakyat.
"Kalau orang tak mahu bersama kita, tinggalkan mereka kerana kita tahu mereka akan bersama kita kerana kita mahukan perubahan. Tadi saya sebut kawan kita yang tuduh kita macam-macam.

"Kita sabar kita terima tetapi saya nak bagi tahu sekarang ini rakyat melihat mereka sebagai pengkhianat kepada harapan rakyat yang mahukan perubahan," tambahnya.
Konflik PAS-PKR sampai ke kemuncaknya apabila Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan menceraikan PKR dengan alasan parti itu banyak mengkhianati perjanjian kerjasama di antara mereka.
Semalam, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sekali lagi menegaskan parti itu tidak akan menyertai Pakatan Harapan (PH) sebaliknya sedang memperkasakan blok pembangkang ke-3 bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Malah Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi menegaskan, rundingan yang akan dijalankan bersama PKR lebih membincangkan soal kedudukan tiga Exco parti itu.

Hari ini di Selangor walaupun 3 ADUN Pas masih bergelar EXCO dan Azmin Ali pun masih tak berani untuk memecat mereka walaupun Azmin mempunyai kuasa untuk merombak barisan EXCO.

Sekarang siapa yang bacul dan penakut? Pas atau PKR yang penakut ? Tepuk dada tanya diri kamu sendiri.....