Ahad, 21 Mei 2017

PPBM : MUHYIDDIN LAWAN MAHATHIR



Krisis dalaman yang berlaku dalam parti PPBM adalah krisis kepimpinan. Apa yang di perhatikan ialah wujud dua kem iaitu Kem Mahathir dan Kem Muhyiddin.

Cerita awal dari orang Perkasa menyatakan Mahathir mahukan Muhyiddin menentang DS Najib Razak seperti mana yang telah berlaku kepada Tun Abdullah Badawi pada 2009 dahulu. Bagaimana pun Muhyiddin enggan menerima arahan Mahathir.

Mahathir gagal menjatuhkan Najib sebagaimana beliau berjaya mendesak Pak Lah mengundur kan diri. Kegagalan Mahathir kerana kumpulan penyokong beliau ramai yang enggan menjadi pak turut untuk menabur fitnah kepada Najib. 

Isu 1MDB cuba dimainkan oleh Mahathir tidak di persetujui oleh sebahagian penyokong Mahathir kerana ianya tidak betul. 

Bagaimana pun Muhyiddin terbelit dengan video beliau bercakap mengenai 1MDB di ILMU Janda Baik dan dalam satu perjumpaan tertutup.  

Akhirnya Muhyiddin terus dibelit dengan propaganda Mahathir untuk membuat parti baru bagi menjatuhkan Najib. Muhyiddin sekali lagi terpedaya dan sanggup menerima tawaran menjadi Presiden Penaja. 

Belum pun sempat mengadakan mesyuarat agung pertama Anina Shahuddin dari Langkawi dipecat daripada jawatan Srikandi. 

Sengketa dalaman parti berterusan dalam perebutan jawatan Ketua Bahagian Penaja. Ada yang berperang kerana si polan buat kerja dari awal tetapi orang lain yang dilantik sebagai Ketua Bahagian Penaja. 

Jika ikut kan taraf penaja tak lah terlalu rigid. Sesiapa pun boleh angkat diri sendiri bersama 6 yang lain untuk membuka cawangan atau bahagian parti. Ini kerana ia bersifat sementara sebelum AGM diadakan.

Apa yang berlaku hari ini. Si polan yang bersama Mr A telah membuka gelanggang dan melantik dirinya sebagai ketua penaja dan bersama 6 yang lain, tetapi dalam masa yang sama wujud pula penaja lain dalam bahagian dan kawasan yang sama.

Apa yang berlaku sama seperti yang terjadi pada penubuhan awal PERKASA. Ada yang angkat diri jadi Pengerusi penaja dan kutip duit ahli RM10.00 seorang sebagai ahli, akhirnya duit lesap dan tiada kad keahlian. Ketua penaja pun menghilang kan diri.

Kini berlaku lagi dalam PPBM yang mana ahlinya mungkin 50% adalah ahli PERKASA dan fenomena yang sama berlaku dalam parti itu, ianya kerana orang yang sama menaja PERKASA kini menaja PPBM. 

Itu satu bab, perkara yang kedua ialah ada usaha untuk menjatuhkan Muhyiddin kerana beliau ingin menjalinkan kerjasama dengan Pas. 

Usaha kerjasama dengan Pas dilihat berjaya sehingga ada pemimpin PPBM boleh berada dalam ceramah Pas, berganding bahu membelasah UMNO.

Sedangkan khalayak sedia maklum bahawa dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, mereka tidak menyokong Pas.

Tun Mahathir dalam ceramah PPBM terus menghentam Pas. Di sini lah konflik pro dan kontra wujud. 

Oleh itu wujud pro Mahathir di Perak yang mahu menghapus akan anjing-anjing Muhyidin dan hari ini Armada dan Srikandi PPBM pula membuat sidang media mempertahan akan Muhyiddin.

Karier politik bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin nampaknya semakin malang apabila beliau kini didesak ahli - ahli akar umbi Parti Paling Banyak Masalah (PPBM) Perak untuk melepaskan jawatan Presiden parti. 

Antara sebab lain ialah PPBM Perak mahu Muhyiddin Yassin lepaskan jawatan adalah kononnya  beliau telah GAGAL mentadbir parti dengan baik sehingga menyebabkan kepincangan didalam PPBM Perak dan juga di peringkat Pusat.

Tetapi,  langkah PPBM Perak ini sudah pastinya atas arahan Dr. Mahathir yang mahukan Muhyiddin Yassin digulingkan supaya Mukhriz Mahathir dapat menjadi Presiden PPBM sebelum PRU 14 yang akan datang.