Selasa, 2 Mei 2017

PAS PERLUKAN LEBIH RM 4 JUTA UNTUK SAMAN SARAWAK REPORT

Dalam muktamar yang telah berakhir semalam Pas mensasarkan kutipan derma ikhlas sejumlah RM 4 juta jika keseluruhan ahli biasa yang seramai 800 ribu ahli menderma minima RM 5 setiap seorang ahli.

Manakala dipihak kepimpinan parti pula dikehendaki menyumbangkan RM 100 seorang. Setakat hari ini Pas dikatakan sudah berbelanja sejumlah RM 200 ribu untuk memulakan kes saman tersebutClare 

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown menyerahkan kepada peguamnya untuk mengendalikan saman fitnah yang difailkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi menfailkan saman tersebut di Mahkamah London pada 21 April lalu, menuntut kerugian dan pampasan selain perintah injuksi berhubung artikel yang disiarkan oleh Sarawak Report pada Ogos tahun lalu. Clare pengasas portal Sarawak Report telah menerima writ dan pernyataan tuntutan itu Jumaat lalu.

Abdul Hadi telah melantik firma guaman yang berpangkalan di London, Carter-Ruck untuk memulakan prosiding perundangan terhadap Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London.

Pas juga akan menyaman Husam Musa dan Rafizi Ramli yang memanjangkan fitnah Sarawak Report yang menyatakan Pas menerima dana 1mdb sejumlah RM90 juta.

Saman terhadap Clare dianggap biasa tetapi bila saman Rafizi dan Husam ia amat luar biasa. Ia menandakan perperangan antara Pas dengan PKR  dan juga PAN. Sudah tentu ia akan mengambil masa yang lama dalam urusan saman menyaman ini. Entah berapa tahun baru nak selesai.

Rafizi mungkin sudah lali dengan saman dan hukuman mahkamah. Kes ini bukannya kes jenayah seperti yang beliau pernah hadapi. Rafizi ketika ini masih dalam rayuan kes setelah dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan.

Sekarang hanya Husam Musa yang mungkin agak tercabar dengan saman kali ini. Husam sebelum ini  pernah banyak kali menang kes dalam saman beliau terhadap beberapa orang lain terutama dari pihak BN 

Pada masa yang sama Husam Musa juga telah menyaman Sang Kelembai atau namanya Zahrin Yasin yang menyatakan Husam menerima dana daripada Kumpulan Genting. 

Semakin hari semakin berkecamuk politik Melayu. Parti lain tak ada pulak macam tu. Makna dalam kempen PRU 14 akan semakin hebat ceramah politik pihak-pihak yang bertelagah dan sudah tentu perkara-perkara yang dalam kes mahkamah turut menjadi topik ceramah seperti mana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dahulu.
Rafizi menyatakan Pas menerima dana 1mdb RM 90 juta.

Husam saman Kelembai kerana menyatakan Husam terima dana dari Kumpulan Genting


Hari ini ada suara -suara rasa ketidak puasan hati netizen terhadap kepimpinan Pas yang mendesak setiap ahli menyumbang RM 5 setiap orang sedangkan mereka menempelak pemimpin parti semuanya hidup mewah dengan hingga mampu membeli kereta-kereta mewah sebagai koleksi.
Contohnya lain ialah bekas adun Salor yang bercerai dengan isteri Kemboja pun menuntut mutaah sebanyak RM4 juta. Ia melambang taraf hidup pemimpin Pas sangat mewah.

Dengan penyerahan writ saman tersebut kepada Sarawak Report,  Pas berjaya mengunci mulut ahli PAN yang mempersenda usaha Pas untuk meyaman Sarawak Report sejak tahun lepas