Selasa, 2 Mei 2017

TAHNIAH KEPADA KEPIMPINAN BARU PAS.

Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS bagi penggal 2017-2019 menyaksikan lebih 90% muka lama kekal menerajui barisan kepimpinan parti Islam itu.

Ia juga menyaksikan pencabar Nasrudin Hassan tewas kepada penyandang Datuk Mohd Amar Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Iskandar Samad dalam pertaruhan untuk menjadi naib presiden.

Tumpuan pemilihan kali ini juga terarah kepada Nik Mohamad Abduh Nik Aziz yang menang jawatan ahli jawatankuasa kerja setelah tewas dalam pemilihan merebut jawatan naib yang dipertua PAS kawasan Pengkalan Chepa 18 Mac lalu.

Perwakilan memilih untuk mengekalkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden, dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai timbalannya.

Kedua-duanya diisytiharkan menang tanpa bertanding selepas tidak dicabar mana-mana individu, sekaligus memberi isyarat ahli parti meyakini gandingan Hadi-Tuan Ibrahim mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)

Media difahamkan pelantikan bagi jawatan setiausaha agung, yang kini disandang Datuk Takiyuddin Hassan, ketua penerangan (Nasrudin) dan pengarah pilihan raya (Datuk Mustafa Ali) akan diumumkan nanti.

Pemilihan kali ini juga menyaksikan tiada pertembungan antara golongan ulama dan profesional.

Pada 22 Februari lalu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub mendakwa, PAS kini berdepan dengan perpecahan ekoran kerjasama dan hubungan baik dengan Umno dan ia akan diterjemahkan dalam pemilihan kali ini.

Sebelum ini, Datuk Dr Mahfodz Mohamad terpilih mengetuai Ulama, Nuridah Salleh mengetuai Wanita dan Muhammad Khalil Abdul Hadi mengetuai Pemuda.

Muktamar tahun ini merupakan mesyuarat agung tahunan kedua sejak pemilihan 2015 yang menyaksikan beberapa pemimpin veteran tewas dalam merebut jawatan tertinggi.

Mereka kemudian menubuhkan Amanah, yang kini sebahagian daripada Pakatan Harapan bersama PKR, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Berikut senarai penuh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi 2017-2019

Pengerusi tetap: Hussin Ismail

Timbalan pengerusi tetap: Kamal Shaari

Presiden: Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Timbalan Presiden: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib presiden:
Idris Ahmad (1062 undi)

Datuk Mohd Amar Abdullah (950 undi)
Datuk Ir Iskandar Abdul Samad (707 undi)


Ahli jawatankuasa kerja:

Dr Riduan Mohd Noor (970 undi)

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (932 undi)

Datuk Nassuruddin Daud (970 undi)

Dr Mohd Zuhdi Marzuki (878 undi)

Sallehen Mukhyi (848 undi)

Razman Zakaria (730 undi)

Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (1005 undi)

Dr Rosni Adam (752 undi)

Datuk Dr Mohd Fadzli Hassan (1001 undi)

Dr Najihatussolehah Ahmad (887 undi)

Mokhtar Senik (724 undi)

Abdullah Hussin (666 undi)

Muhtar Suhaili (618 undi)

Dr Halimah Ali (872 undi)

Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi (797 undi)

Kamaruzzaman Mohamad (715 undi)

Misbahul Munir Masduki (639 undi)

Dr Azman Ibrahim (730 undi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan