Jumaat, 30 Jun 2017

DAP BERI ISYARAT AMERIKA SERANG MALAYSIA



Amerika Syarikat boleh menggunakan tindakan ketenteraan untuk menggulingkan kerajaan Malaysia, demikian ditegaskan oleh Setiausaha Agung DAP  (yang belum disahkan jawatannya oleh Pendaftar Pertubuhan) JOSEPH Lim Guan Eng.

Joseph Lim yang tertekan sempena  ulangtahun pertama beliau didakwa mahkamah atas jenayah rasuah dan skandal tanah di Pulau Pinang hari ini mengulas isu saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ USA) terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan penggubahan wang haram. 

Tanggal 29 Jun 2016 merupakan hari di mana Joseph Lim didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan. 

Beliau dilihat oleh pemerhati, penganalisis dan rakyat Malaysia sebagai terdesak dan sangat takut bagi menghadapi perbicaraan mahkamah sehinggakan beberapa kali  membuat permohonan menangguhkan kes dan mencabar kesahihan Akta SPRM yang digubal di Parlimen.

Kenyataan Joseph Lim  bahawa Amerika Syarikat mampu dan boleh menyerang Malaysia (tanpa menggunakan saman sivil DOJ)  boleh dianggap sebagai petunjuk dan isyarat kepada polis dunia tersebut untuk fasa kedua  campurtangan asing. 

Semalam, Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengeluarkan kenyataan bahawa pakatan pembangkang bakal mengadakan himpunan kleptokrasi pada September 2017, susualan saman sivil DOJ. 

Kedua-dua kenyataan Azizah dan Joseph Lim adalah kesinambungan dari sambutan hari raya Mahathir - Claire Brown dan penulis tidak menolak kebarangkalian mereka  sebagai menerima arahan dari London. 

Sekiranya ada di kalangan rakyat Malaysia yang terpedaya bahawa Mahathir berhari raya bersama keluarganya di London tanpa sebarang gerakerja susulan untuk mengkianati negara dan rakyat Malaysia berhubung isu dalaman negara, anda sebenarnya tersilap. 

Saman sivil DOJ, pemergian Mahathir ke London dan kenyataan-kenyataan Joseph Lim dan Azizah merupakan plot mudah usaha *MENDORONG*  campurtangan asing di Malaysia sedang bergerak dengan sistematik.

Di mana berakhirnya plot ini tidaklah diketahui, tetapi umum sudah sedia maklum bahawa pakatan pembangkang sememangnya mempunyai rangkaian antarabangsa dengan pro zionis Barat dan sosialis Israel.

*5 Syawal 1438H*
*29 Jun 2017*
*Khamis 10.00p.m.*