Isnin, 5 Jun 2017

SECEBIS NOTA UNTUK DIRASA OLEH SIVARASA


_"Dan lagi kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam."_

Sivarasa, adakah kamu tahu apakah ikrar ini dan siapakah yang melafazkannya? Adakah kamu memahami maksud dan pengertiannya?

Inilah bait-bait ikrar yang dilafazkan oleh setiap Yang DiPertuan Agong sebagai tanda janji dan sumpah Baginda memelihara dan mempertahankan kedudukan Islam di bumi Malaysia ini (dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu, itu pun jika anda belum tahu).

Kenapa kami? Kenapa bukan beta atau saya? Kami di sini sesuai dengan peruntukan Jadual 4, Perlembagaan Persekutuan yang bermaksud Baginda bersumpah bukan hanya atas kapasiti individu tetapi juga atas kapasiti Baginda sebagai pemerintah tertinggi negara ini.

Sivarasa, adakah kamu tahu apakah maksud pemerintah tertinggi negara? Secara langsung ia bererti Baginda menguasai keseluruhan tiga komponen yang menjadi asas pemerintahan negara kita ini iaitu Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman dan itulah juga maksud KAMI pada lafaz ikrar tersebut.

 Terkini, ikrar ini dilafazkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V selaku Yang DiPertuan Agong yang baharu.

Berbalik kepada lafaz ikrar di atas, penting untuk kamu tahu, inilah bukti kenapa kamu tidak layak menentang atau membelakangkan setiap titah perintah Sultan dan Raja Melayu di negara ini khususnya dalam hal berkaitan agama Islam.

Setiap daripada mereka (Sultan dan Raja) ialah Ketua Agama Islam baik di peringkat negara, negeri mahupun di wilayah-wilayah persekutuan. Mereka akan sentiasa memelihara kesucian Islam termasuk masjid-masjid di serata negeri daripada dikotori oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti kamu.

Ketinggian lafaz ini bukan hanya pada maksud literalnya tetapi jauh lebih penting ia diikat bersama dengan peruntukan-peruntukan perundangan yang jelas seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan kedudukan agama Islam sebagai agama negara.

Justeru usahlah kamu terlalu angkuh hendak lawan dan cabar titah Tuanku Sultan Selangor selepas kamu, secara terang-terangan, sudah pun melanggar perintah Baginda dan mencemarkan kesucian masjid yang juga Rumah Allah hanya kerana ingin meraih laba politik semata-mata.

Kamu bukan Melayu dan pastinya bukan Muslim tetapi itu tidak bermaksud kamu tidak terikat dan diikat oleh peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dalam hal-hal sebegini. Selagi mana kamu adalah warganegara Malaysia, inilah undang-undangnya.   

*Darul Ehsan Leaks*

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

๐Ÿ“ฑ *Facebook Darul Ehsan Leaks*

๐Ÿ“ฑ *Twitter Darul Ehsan Leaks*

๐Ÿ“ฑ *Instagram* 

๐ŸŒ *Laman Web Darul Ehsan Leaks*

๐Ÿ“Œ *Kepada yang ingin mendapatkan info Selangor, sila hantar nama anda ke nombor +60145154521 melalui aplikasi WhatsApp dan simpan (save) nombor tersebut di telefon pintar anda*