Isnin, 5 Jun 2017

Beranikah Majlis Peguam Gantung Tan Sri Shafee?


Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini mencabar Majlis Peguam (BAR) untuk menggantung lesen peguam kanan kerana didakwa portal Sarawak Report (SR) ada menerima dana daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjumlah RM9.5 juta.

Sebuah portal Free Malaysia Today (FMT) menamakan peguam berkenaan iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan banyak pihak mendesak beliau dihadapkan ke Lembaga Disiplin BAR ekoran dakwaan itu.

Presiden PMSP, Ramesh Rao dalam satu kenyataan hari ini berkata, adakah badan itu berani mengambil tindakan di atas dakwaan ini ke atas Muhammad Shafee berdasarkan apa yang dilaporkan oleh SR.

"Beranikah Majlis Peguam gantung Tan Sri Shafee.

"Majlis Peguam perlu berani gantung lesen Tan Sri Shafee jika apa yang didakwa oleh Sarawak Report adalah benar dan menyalahi undang-undang guaman," kata Ramesh dalam kenyataan berkenaan.

Dakwaan itu menyebut, dana itu diberikan kepada peguam berkenaan melalui akaun milik Najib kononnya dari dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd.

Dikatakan peguam berkenaan menerima bayaran selepas peguam itu sering mengetuai kerajaan dalam kes berprofil tinggi. Ia dibuat melalui dua peringkat.

Dalam pada itu, Ramesh dalam kenyataan berkenaan turut mempersoalkan siapa yang membayar dana kepada barisan peguam yang ramai membela pemimpin parti pembangkang jika terlibat dalam kes- kes mahkamah.

"Siapa yang bayar, caj untuk Anwar Ibrahim dan pemimpin politik pembangkang lain?

"Disamping siasat Shafee, polis juga perlu siasat semua peguam yang merupakan ahli DAP dan PKR sama ada mereka ada terima bayaran untuk khidmat guaman dalam jumlah tinggi.

"Majlis Peguam harus gantung lesen semua peguam yang terima bayaran dari parti politik dengan jumlah yang besar," kata Ramesh.

Ketika perbicaraan kes liwat melibatkan bekas Ketua Pembangkang, Anwar, barisan peguam yang membela beliau bukan sedikit tetapi ramai dan bagaimana mereka dibayar atas perhidmatan mereka, berapakah jumlahnya?

Ramesh berkata, kebanyakan dari mereka terpaksa menolak kes lain untuk mengambil kes dalam pasukan pembelaan Anwar dalam kes liwatnya dengan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan. 5 Jun 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan