Langkau ke kandungan utama

BERITA PILIHAN HARI INI


*12 Julai 2017 - Rabu*
*18 Syawal 1438 Hijrah*

➡ *NASIONAL*
1. KUALA LUMPUR: Orang ramai perlu berhenti polemikkan isu pelantikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan.
2. BANGI: Kejohanan sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan pertandingan lain di peringkat institusi pendidikan tinggi (IPT) menjadi satu daripada landasan menyumbang pembangunan sukan negara.
3. KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengembalikan zaman kegemilangan institusi itu.
4. KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan bersetuju mengurangkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada sifar membabitkan beberapa perkhidmatan kepada pelanggan luar negara berkuatkuasa 1 Julai lalu.
5. KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan satu kes rabies baharu di Kampung Ampungan, Serian, Sarawak, menjadikan sehingga kini empat kes rabies dikesan di daerah berkenaan.
6. SHAH ALAM: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) mencadangkan supaya kerajaan menggunakan Sistem Pelaporan Kredit (SPeKAR) dalam menguruskan hutang pinjaman penjawat awam.
7. DENGKIL: Perpaduan masyarakat India menjadi asas memastikan mereka tidak ketinggalan dalam agenda nasional pembangunan yang dirangka kerajaan, kata Datuk Seri Najib Razak.
8. IPOH: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan terus memperkasakan tahap kesedaran hak pengguna dalam kalangan pelajar menerusi Kursus Intensif Kapasiti Intelektual atau Capacity Intellectual Intensive Course (CIC) bagi mendedahkan pelajar mengenai kepentingan mengetahui hak sebagai pengguna.
9. KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan keyakinan penggiat industri minyak dan gas masih berpeluang meneroka industri berdaya tahan dalam keadaan ekonomi mencabar.

➡ *POLITIK*
1. JOHOR BAHRU: Roketkini.com diberi tempoh 48 jam untuk memohon maaf dan menarik balik laporan disiarkan portal rasmi parti DAP itu yang mengaitkan anak lelaki Menteri Besar Johor, Akmal Saufi Mohamed Khaled dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
2. KOTA BHARU: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimuktamadkan kosong selepas mendapat undian majoriti pada persidangan DUN Kelantan, semalam.
4. KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilihat tidak akan mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) seperti yang diarahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana bimbang dengan kehancuran Dinasti Lim.
5. KOTA BHARU: Pas menyifatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai terdesak dan mempunyai kepentingan politik apabila sanggup membuat pusingan U menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

➡ *EKONOMI*
1. ISTANBUL: Dunia mungkin berdepan masalah bekalan minyak berikutan penurunan mendadak pelaburan dan kurangnya penemuan konvensional baharu, kata Ketua Eksekutif Saudi Aramco, Amin Nasser.
2. KUALA LUMPUR: Revolusi Industri ke-4 dan kemunculan Orde Baharu Dunia menghendaki semua aspek ekonomi, politikal dan sosiologi ditulis semua bagi diselaraskan dengan realiti, kata Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak.
3. BANGI: Malaysia berkemungkinan meneliti semula pilihan perdagangan dengan Perancis jika negara itu terus mempertahankan pendirian berhubung bahan api bio berasaskan sawit.

➡ *AGAMA*
1. Dari Al-Mughirah r.a, dia berkata :"Rasulullah saw bersolat hingga sampai kedua kaku beliau bengkak. Lalu ditanya, 'Wahai Rasulullah, engkau telah diampuni oleh Allah atas dosa-dosamu yang terdahulu dan yang akan datang (mengapa masih begini?).
Beliau (saw) menjawab, "Apakah tidak boleh aku menjadi hamba Allah yang bersyukur (kerana hal itu)?

➡ *ANTARABANGSA*
1. DUBAI: Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi, mengumumkan kejayaan mengalahkan militan Daesh di Mosul dari bilik operasi Perkhidmatan Memerangi Keganasan, kata pejabat medianya menerusi Twitter, semalam.
2. WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat berjaya melakukan ujian terhadap sistem memintas peluru berpandu, kata pegawai hari ini, ketika ketegangan memuncak berikutan ujian pelancaran peluru berpandu balistik antara benua oleh Korea Utara yang berpotensi sampai ke Alaska.
3. GENEVA: Hampir 50,000 orang awam dilaporkan masih terperangkap di kubu kuat pemberontak Syria di Raqqa, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini, dengan bekalan air dan keperluan lain semakin menyusut.

➡ *SUKAN*
1. IPOH: Hajat Selangor menebus kekalahan kepada Perak di pusingan pertama Liga Super, tercapai apabila menang 1-0 di Stadium Perak, sebentar tadi.   
2. KUANTAN: Johor Darul Ta'zim (JDT) mengukuhkan kedudukan di persada Liga Super apabila menewaskan Pahang 2-0 pada aksi di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.
3. MUNICH: Bayern Munich menandatangani James Rodriguez dari Real Madrid menerusi perjanjian pinjaman dua tahun dengan pilihan membelinya secara terus, umum juara Jerman itu, semalam.

*_BIRO IT UMNO BUKIT GANTANG_*
"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
*_"Jauhi Fitnah, Semak Sebelum Sebar (3S)"_*

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…