Isnin, 17 Julai 2017

Berita pilihan hari ini


*17 Julai 2017 - Isnin*
*23 Syawal 1438 Hijrah*

➡ *NASIONAL*
1. KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menutup Masjid Al-Aqsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
2. KUALA LUMPUR: Pelancaran sistem pengangkutan awam moden, Transit Aliran Massa (MRT) Fasa Dua Laluan Sungai Buloh - Kajang (SBK) esok bakal mengubah landskap pengangkutan awam negara secara menyeluruh.
3. KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka menghantar pasukan penyiasatnya ke pejabat Felda Investment Corporation (FIC) di Jalan Semarak, di sini esok bagi mengambil beberapa dokumen yang boleh membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang di Kensington, London.
4. KUALA LUMPUR: Bermula tahun lepas, rangkaian pengangkutan awam darat meliputi kawasan Kuala Lumpur dan sekitarnya (Greater KL) menerima pertambahan kapasiti yang ketara dengan pembinaan sambungan Transit Aliran Ringan (LRT) dan pembukaan Fasa 1 Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang merangkumi 12 buah stesen.
5. KOTA KINABALU: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyeru kerajaan mengembalikan semula pemberian biasiswa penuh kepada pelajar bumiputera yang berjaya melanjutkan pelajaran di universiti-universiti yang diiktiraf.
6. KUALA LUMPUR: Tindakan pihak tertentu yang berhasrat mencabar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung isu anak tidak sah taraf bagi kes pernikahan pasangan Islam di luar negara disifatkan sebagai mempunyai agenda tertentu.
7. KUALA LUMPUR: Alumnai Persidangan Parlimen Mahasiswa mungkin akan diberi peluang untuk menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-14 bagi mewakili Barisan Nasional.
8. PASIR SALAK: Tiada keperluan untuk melaksanakan kuarantin ke atas penduduk di beberapa kawasan di daerah Serian, Sarawak yang terjejas akibat virus penyakit anjing gila atau rabies buat masa ini.

➡ *POLITIK* 
1. KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat diingatkan tidak meletakkan masa depan negara dalam risiko sekiranya memililih Pakatan Harapan diketuai DAP dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
2. BATU PAHAT: Pengumuman tiga individu sebagai pemimpin utama mengepalai Pakatan Harapan yang diketuai DAP disifatkan sebagai pembohongan terbaharu pada siang hari apabila terpaksa mengambil tindakan kosmetik bagi menyatakan kepada rakyat kononnya mereka bersatu padu.
3. KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan sambutan orang ramai menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO 2017 adalah luar biasa melebihi jangkaan asal.
4. BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada pihak luar supaya tidak mengganggu gugat kestabilan politik dan perpaduan dalam kalangan masyarakat di Bagan Datuk.
5. BEAUFORT: Sayap UMNO perlu berperanan sebagai benteng pertahanan bagi menangkis sebarang tohmahan yang dilemparkan ke atas pemimpin dan institusi parti.
6. KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan sambutan orang ramai menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO 2017 adalah luar biasa melebihi jangkaan asal.

➡ *EKONOMI*
1. PASIR PUTEH: Sebuah kilang memproses kenaf dan menghasilkan pelbagai produk berasaskan komoditi tersebut yang dibina di Setiu, Terengganu dengan peruntukan sebanyak RM25 juta akan beroperasi sepenuhnya tahun depan.
2. KUALA LUMPUR: PT Bank Maybank Indonesia Tbk (Maybank Indonesia) mampu berdepan apa jua krisis berdasarkan kepada pembinaan asas yang kukuh yang telah diterapkan oleh unit perbankan Malayan Banking Bhd. (Maybank) itu, demikian menurut Pengarah Presidennya, Taswin Zakaria.
3. KUALA LUMPUR 16 Julai - Malaysia meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 20 jenama francais tempatan bakal menembusi pasaran Thailand menjelang tahun 2020.

➡ *AGAMA*
1. Ulama bermazhab Syafie ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam Syawal tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qada sekalipun dia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya. Namun, pahala yang diperolehi itu adalah kurang berbanding seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Fatawa al-Azhar 9/261].

➡ *LUAR NEGARA*
1. SINGAPURA: Speaker Parlimen Singapura, Halimah Yacob hari ini memaklumkan sedang memikirkan untuk bertanding bagi jawatan Presiden negara ini.
2. KETIKA Amerika Syarikat (AS) di bawah pemerintahan bilionair kontroversi, Donald Trump yang semakin bercelaru dan tidak lagi 'bertaring' seperti dahulu, China kini dilihat mengambil kesempatan meluaskan pengaruh dan jangkauan ke seluruh pelosok dunia.
3. ANKARA: Ratusan ribu rakyat Turki turun semula di jalan-jalan di ibu negara ini dan di pusat perdagangannya, bandar raya Istanbul malam tadi, tetapi bagi meraikan kejayaan rakyat republik itu mematahkan cubaan rampas kuasa genap setahun yang lalu.

➡ *SUKAN*
1. KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada atlet para Malaysia, Muhamad Ziyad Zolkefli atas kejayaannya meraih pingat emas dan mencipta rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru lelaki F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London, Sabtu.
2. JOHOR BAHRU: Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Ulisses Morais menggesa anak buahnya agar tidak berasa terlalu selesa dengan kedudukan mereka selaku pendahulu Liga Super ketika ini kerana apa sahaja boleh berlaku dalam baki kempen jika mereka tidak fokus.
3. LONDON: Sebaik sahaja berpindah daripada Chelsea, John Terry terus diberi penghormatan untuk menjadi ketua pasukan kelab baharunya, Aston Villa.