Sabtu, 15 Julai 2017

BERITA PILIHAN HARI SABTU


*15 Julai 2017 - Sabtu*
*21 Syawal 1438 Hijrah*

➡ *NASIONAL*
1. PUTRAJAYA: Penduduk Malaysia pada tahun ini dianggarkan berjumlah 32 juta, 28.7 juta daripadanya warganegara dan selebihnya bukan warganegara, menurut Jabatan Statistik.
2. KUALA LUMPUR: Fasa kedua Transit Aliran Massa (MRT) laluan Muzium Negara-Kajang akan dibuka kepada orang ramai mulai jam 4 petang, pada Isnin ini.
3. TUMPAT: Pengawalan virus penyakit anjing gila atau 'rabies' diteruskan sehingga wabak itu dapat diatasi sepenuhnya, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
4. PUTRAJAYA: Gangguan bekalan disk Lesen Kenderaan Motor (LKM) di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor baru-baru ini berpunca daripada kerosakan mesin pencetak nombor siri dan ciri-ciri keselamatan pada disk LKM itu.
5. TEMERLOH: Semua 19 plaza tol di Lebuhraya Pantai Timur (LPT1 dan LPT2) sepanjang 357.9 kilometer akan menggunakan kutipan tol elektronik (ETC) sepenuhnya mulai jam 12 tengah hari pada 14 Ogos ini.
6. KOTA KINABALU: Hukuman rotan di khalayak ramai bukan perkara baharu di negara ini berikutan pendekatan itu pernah dilaksanakan di Sabah.
7. KUALA LUMPUR: Pelanggaran syarat dan perjanjian adalah faktor mengapa Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merampas semula 550 unit Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
8. KUALA LUMPUR: Lebih 2,500 hadiah bernilai RM500,000 disediakan untuk pendeposit skim simpanan pendidikan SSPN-i dan SSPN-i Plus menerusi Cabutan WOW! 20 tahun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dilancarkan semalam.

➡ *POLITIK* 
1. TUMPAT: Keputusan kerajaan negeri Kelantan melaksanakan hukum sebat di khalayak ramai, tidak seharusnya menjadi bahan politik oleh mana-mana pihak berikutan Rang Undang-Undang itu sudah mendapat persetujuan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.
2. KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak kesal dengan sikap pembangkang yang tidak menceritakan perkara sebenar, sebaliknya menuduh kerajaan mengamalkan dasar 'pilih kasih'.
3. JOHOR BAHRU: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Mohd Ali Hassan, 79, meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Puteri di sini, jam 2.30 pagi semalam.
4. BACHOK: Pengumuman struktur baharu kepemimpinan parti pembangkang dilihat sebagai tindakan panik pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
5. PUTRAJAYA: Janji pembangkang menyelesaikan tujuh isu utama termasuk pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST), selepas 100 hari menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), adalah retorik dan populis sahaja.
6. KUALA LUMPUR: Struktur baharu Pakatan Harapan (PH) memperlihatkan parti pembangkang itu cacamerba apabila meletakkan tiga nakhoda dalam satu kapal.
7. KOTA BHARU: PAS wajar mempertimbangkan kerjasama politik dengan UMNO dalam membawa agenda perjuangan Melayu dan Islam, sekali gus menumbangkan pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
8. PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan (PH).

➡ *EKONOMI*
1. KLANG: Kerancakan kemasukan pelaburan dari Jepun membuktikan ekonomi Malaysia masih kukuh dan diyakini sebagai destinasi pilihan pelaburan jangka panjang walaupun iklim kewangan dunia dilihat tidak menentu.
2. KUALA LUMPUR: Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) akan mula membina 20,000 unit kediaman di bawah Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA menggunakan Ajiya Green Integrated Building Solutions (AGIBS) menjelang hujung tahun.
3. WASHINGTON: Angka rakyat Amerika Syarikat yang memohon manfaat pengangguran menurun minggu lalu, ketika harga pengeluar menyaksikan peningkatan luar jangka pada Jun.

➡ *AGAMA*
1. Islam mempunyai ramai tokoh dan ilmuwan yang boleh dijadikan pedoman Mukmin. Mencontohi perbuatan mereka sangat dituntut dan ganjaran mengingati dan mengikuti kisah mereka turut dijanjikan. Ikuti penerangan Ustaz Muhadir Joll dalam rancangan terbaru di IKIMfm menerusi program Ibrah (Salafus Soleh).

➡ *LUAR NEGARA*
1. VICTORIA: Pihak berkuasa Seychelles melaporkan penemuan dua serpihan disyaki milik pesawat MH370 yang hilang pada 2014 bersama 239 penumpang dan anak kapal.
2. AMMAN: Jordan hari ini menggesa Israel membuka semula dengan segera Masjid Aqsa di Baitulmaqdis yang ditutup tentera rejim Zionis selepas penduduk Arab membunuh dua anggota polis Israel di Kota Suci.
3. MANILA: Agensi anti-rasuah Filipina hari ini mengarahkan dakwaan jenayah difailkan ke atas bekas presiden Benigno Aquino berhubung satu serbuan gagal dua tahun lalu ke atas tempat persembunyian militan yang menjurus kematian 44 komando polis.

➡ *SUKAN*
1. IPOH: Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) hari ini mengarahkan Stadium Perak ditutup sementara, bermula selepas perlawanan Liga Perdana antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) II, malam ini. 
2. KUALA LUMPUR: Muhammad Hassanul Adzhar Mohd Badrin terpaksa bekerja keras untuk meraih pingat emas pada Kejohanan Menembak Kebangsaan 2017 dalam acara 50 meter (m) Rifle Prone Lelaki yang berlangsung di Lapang Sasar Kebangsaan Subang, semalam.
3. DAR ES SALAAM, Tanzania: Aksi pertama Wayne Rooney selepas kembali semula ke Everton cukup cemerlang ketika menghadiahkan satu gol untuk menewaskan kelab Kenya, Gor Mahia 2-1 dalam perlawanan persahabatan, di sini, semalam.


"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
*_"Jauhi Fitnah, Semak Sebelum Sebar (3S)"_*