Jumaat, 14 Julai 2017

Isu Tanah Bomba Setia Alam dan Bukit Rahman Putra - Azmin wajar berhenti menjadi broker tanah



Sikap berdolak dalik menteri besar Selangor, Azmin Ali dalam isu premium tanah untuk pembinaan balai bomba dan penyelamat adalah amat dikesali. 

Beliau nampak nya mengenepikan keutamaan dan kebajikan rakyat, sebalik nya lebih bermain politik dari menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Beliau wajar insaf usaha berdolak dalik nya itu hanya akan melambatkan usaha keras Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membawa keselamatan, kesejahteraan dan kemakmuran untuk rakyat yang tinggal di Setia Alam dan kawasan persekitaran nya seperti Bukit Raja dan Aman Perdana. 

Jumlah rumah, bangunan komersial dan penduduk yang sangat pesat bertambah di kawasan-kawasan itu sebenarnya menuntut kerajaan negeri memberikan penyelesaikan segera masalah-masalah yang timbul seperti keperluan kemudahan sekolah, balai bomba, balai polis, hospital dan sebagainya. Ini semua menuntut kerjasama semua pihak dari kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.

Apabila YB Tan Sri Noh Omar Menteri KPKT telah meluluskan peruntukan sebanyak rm3 juta untuk membina Balai Bomba dan Penyelamat Setia Alam, sepatut nya kerajaan negeri menyambut nya dengan memberikan tanah yang telah disediakan pemaju untuk tujuan tersebut dan bukannya mengenakan cukai sebanyak rm4.9 juta dalam bentuk premium tanah kepada projek tersebut. MB selangor dilihat oleh rakyat bertindak sebagai broker tanah yang mahu mengambil untung atas angin yang natijahnya rakyat yang tinggal di Setia Alam, Bukit Raja dan Aman Perdana yang akan menjadi mangsa kerakusan pemimpin negeri seperti ini.

Keadaan yang serupa juga berlaku kepada projek pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Rahman Putra dimana kerajaan negeri mengenakan cukai premium tanah sebanyak rm2.4 juta. 

Selaku koordinator Pembangunan Persekutuan N.38 DUN Paya Jaras mewakili kawasan Bukit Rahman Putra, saya mendesak Azmin Ali segera menggunakan budibicaranya menarik balik pengenaan cukai-cukai tersebut dan hanya mengenakan bayaran nominal sebanyak rm1 untuk projek-projek ini demi kepentingan rakyat di Setia Alam, Bukit Raja, Aman Perdana dan Bukit Rahman Putra. Azmin wajar berjiwa besar menjadi Menteri Besar untuk semua rakyat Negeri Selangor dan bukannya berjiwa besar menjadi broker besar tanah! Cukup-cukuplah berpolitiking dalam mentadbir...


Ikhlas daripada
*Dato' Hj Zein Isma Hj Ismail*
Ketua Penerangan UMNO Selangor /
Ketua UMNO Bahagian Subang
13 Julai 2017