Sabtu, 29 Julai 2017

Kenapa BN kekal memerintah hingga ke hari ini

Kita fokus kepada Perak dahulu.

Perak pernah tewas kepada pembangkang pada PRU 12 tetapi pembangkang hanya kekal 11 bulan sahaja.  Kenapa?

Jika diikutkan parti yang menang tetap Umno tetapi oleh kerana Pas, PKR dan DAP bersetuju untuk membentuk kerajaan campuran maka maka berkuasa lah mereka bagaikan beruk dapat bunga.

Dap yang mempunyai lebih kerusi gagal menjadi menteri Besar kerana undang undang tubuh hanya membenarkan orang Melayu sahaja menjawat jawatan tersebut. Dap tak pernah terfikir untuk meletakkan calon Melayu ketika itu.  

Kita tengok tahun depan Dap pasti akan meletakkan seorang calon lelaki Melayu di kawasan majoriti Cina untuk ditabalkan sebagai MB.

11 bulan mereka begitu rakus mengganas. Hutan simpan dimusnahkan untuk kayu balak. Tanah-tanah pajakan yang tinggal 20 hingga 30 tahun diperbaharui sehingga 999 tahun.

Tanah tanah kerajaan negeri diambil sesuka hati untuk tujuan pembangunan kroni mereka.  

Tanah tanah kosong yang diusahakan sebagai tanah pertanian oleh orang kampung habis bertukar hak milik menjadi milik mereka. 

Begitulah tamak dan rakus nya mereka mengumpul harta untuk puak mereka. 

Ada orang Melayu yang marah kepada kerajaan BN sebelumnya kerana puluhan tahun tetapi permohonan mereka tidak diluluskan oleh kerajaan, sebaliknya Dap boleh melakukannya dalam tempoh yang singkat.

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh pembangkang adalah merompak sebanyak mungkin untuk perut mereka tanpa memikirkan kepentingan sejagat.

Mereka lupa perlakuan mereka sentiasa diperhatikan oleh rakyat. Rakyat melihat dan menilai kerakusan mereka.

Kerajaan BN tidak semudah mereka untuk melakukan sebagaimana mereka. Setiap permohonan tanah bukan boleh diluluskan sesuka hati tanpa berfikir panjang.  

Tanah sememangnya terhad seandainya diluluskan sesuka hati 100 tahun akan datang kerajaan tiada lagi tanah untuk projek pembangunan.  

Sikap orang kita pula suka menjual tanah. Minta tanah bukan untuk kegunaan sendiri untuk diwariskan kepada anak cucu tetapi untuk dijual apabila harga meningkat. 

Sikap suka menjual tanah sudah menjadi amalan kehidupan. Kira seringkali mendengar istilah 'jual usaha'. 

Jual usaha ialah peneroka akan meneroka hutan, kebanyakan nya melibatkan tanah bukit. Setelah membersihkan hutan dan menjual kayu balak secara haram mereka akan menanam pokok buah buahan atau pokok kelapa sawit. 

Setelah berapa tahun biasanya tanah tersebut dijual kepada pihak ketiga dengan harga yang cukup menguntungkan.  Hari ini dengan ada nya Google map kita boleh melihat kawasan kawasan hutan simpan diteroka secara besar besaran seperti di kawasan hutan simpan Pondok Tanjung sehingga ke kawasan tadahan hujan Bukit Merah.

Nasib baiklah 11 bulan jika tidak habis hutan simpan akan menjadi milik mereka selama 999 tahun. 

Orang Melayu hanya pandai marah apabila permohonan mereka ditolak.  Pada hal mereka ingin mengumpul harta sebanyak mungkin dan kemudian menjual kepada pihak lain. 

Sekian.