Langkau ke kandungan utama

Mahathir Berlakon Kerana Takut RCI, Kit Siang Berlakon Kerana Takut ROS.



Kedua duanya sedang berdrama. Seorang  berlakon mahu selamatkan anak dan kedudukan dalam parti roket. Seorang lagi berlakon mahu selamatkan diri dari skandal lamanya. Seorang sedang berdrama di London, seorang lagi berdrama di Malaysia.

Sedang ahli PPBM bergaduh sama sendiri dan menyalahi UMNO dalam proses pergaduhan, Pengerusi PPBM pula masih dalam  "Mood Raya" di London. Ada yang kata pemergian itu adalah "disguise" untuk bertemu Claire Brown untuk mencari jalan melepaskan diri dari RCI Forex.

Mahathir amat tertekan untuk menghadapi "proceeding RCI" kerana soalan yang akan dilontar oleh panel akan menjerutnya. Mahathir juga bimbang Anwar buat "U TURN" kenakan dia bila RCI ditubuhkan. 

Sikap Anwar yang terbaru, berkeras bantah Mahathir menjadi PM dan sikap Wan Azizah tidak mahu Mahathir ada dalam mesyuarat Pakatan Harapan, resahkan Mahathir. 

Jika dalam entri blog Che Det, dia boleh tulis apa sahaja sebagai "misleading" dan "diversion" untuk  mengelirukan orang muda. Namun dalam proceeding RCI Forex, Mahathir akan sukar berbuat sedemikian. Ini kerana, masih ada banyak bukti bukti di arkib dan hansard parlimen. Laporan Bank Negara juga masih boleh dirujuk.

Saksi masih hidup lagi untuk memberi keterangan, termasuk Lim Kit Siang yang paling lantang mahu Mahathir dan Daim dipenjarakan sebelum ini. Sanggup tulis buku lagi mengenai skandal Mahathir. 

Pemergian Mahathir ke kota London untuk berhari raya difahamkan adalah juga untuk bertemu Claire Rewcastle Brown untuk memberi "draft" kisah drama 1MDB bagi mengelak hanya kisah RCI Forex menjadi tumpuan ramai. 

Umum tahu, apa apa cerita yang disiarkan oleh Sarawak Report (SR)  adalah datangnya dari individu di Malaysia. Lalu mereka menyerahkan kepada SR kerana ada perlindungan "Speech Act" yang amat pro laporan bebas kepada media , tidak kira laporan itu palsu atau benar.

Ia juga kerana, laporan yang disiarkan oleh SR tiada nilai mahkamah atau pun "court value" untuk difailkan ke mahkamah di Malaysia. Ini kerana Mahkamah mahukan "hard evidence" dan bukan andaian atau setakat dakwaan sahaja. 

Tambah lagi di Malaysia, pihak teraniaya dengan dakwaan palsu boleh membuat "counter sue" atau saman balas kerana "grievences' dan kepayahan akibat dakwaan palsu.

Sebab itu kerja kerja jahat ini dibuat oleh Sarawak Report. Lihat pada isu tuduhan berlian? Mana transaksi dan gambar sebenar berlian? Ianya tidak ada, sebab hanya tuduhan semata mata. 

Mahathir mahu alihkan meriam RCI Forex yang sedang menembaknya kepada meriam kisah drama 1MDB. Mahathir tidak percaya lagi pada orang lain. Banyak duit sudah dihabiskan. Sebab itulah untuk kisah baru ini, Mahathir sendiri yang pergi ke London. 

Waktu Mahathir sedang tersepit dengan RCI Forex, Kit Siang sedang mengelabah takut ROS haramkan partinya. Sudah lima tahun, DAP gagal patuhi peraturan. Kit Siang gelabah menyalahkan orang lain sebagai punca DAP akan diharamkan. 

Menjelang PRU13, Kit Siang berlakon menangis takut logo dan parti DAP digunakan dalam PRU13. Alasan yang sama, menyalahkan pihak lain. Hakikatnya, Kit Siang sendiri yang mengadakan mesyuarat DAP secara tidak sah, bila ada 120 cawangan DAP tidak didaftarkan. 

Kini sesudah lima tahun, DAP masih lagi belum berani buat mesyuarat agung. Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw disisihkan oleh Kit Siang dan Guan Eng kerana bercakap perkara yang benar. Sekali lagi, Kit Siang buat drama bagi menagih simpati. 

Kit Siang kata semalam dia hendak bersara dari politik. Bersara bukan niat sebenar Kit Siang, simpati adalah niat sebenarnya. Kalau hendak bersara, mengapa pegang jawatan sampai 51 tahun? 

Sebenarnya Kit Siang tidak percaya orang lain untuk terajui DAP, melainkan anaknya sendiri. Sama seperti Mahathir, yang mahu sedaya upaya menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri. Kedua duanya kini tersepit. Satu dengan ROS, seorang lagi dengan RCI Forex. 

Ada orang kata Mahathir lebih sayang kudanya dari ahli PPBM. Jika kudanya yang jumlah peruntukan makanannya sahaja melebihi puluhan ribuan jatuh sakit Mahathir akan lebih terusik dari berita ratusan ahli PPBM keluar parti atau  bergaduh sama sendiri.

Mahathir sanggup naik jet peribadi pergi ke Argentina untuk melawat dan menunggang kudanya dari menjaga kebajikan ahli PPBM yang bolehlah kita anggap lebai malang kerana mereka adalah "macai sahaja" untuk mencapai perjuangan peribadi Mahathir dan konco konco kayanya. 

Sama juga seperti Kit Siang, dia lebih sayang anaknya berbanding ahli ahli DAP di bawah. Sanggup menipu ahli demi kepentingan diri dan anak sendiri. Hendak jadi apa pun, jadilah. Sampai parti kena haram pun tidak mengapa, asalkan kepentingan diri terjaga. 

Mahathir dan Kit Siang kini sedang berdrama. Entah sampai bila mereka berdua boleh melakulan lakonan ini. Nampaknya semakin hari, sudah ramai yang mula sedar diri. Mereka tidak sanggup ditipu lagi oleh kedua dua aktor lama ini. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

Mahathir Menangis Di London Kerana Kecewa Karenah Ahli Ahli Parti Bunga

Aidilfitri tahun ini agak berbeza bagi Mahathir. Jauh dia membawa diri ke London. Membawa hati dan perasaan yang kecewa terhadap ahli ahli parti bunga dan rakan rakan barunya dalam Pakatan Harapan. 
Merajuk sungguh. Mahathir merasakan inilah masa terbaik untuk dia meluah rasa hati dan mengubat kecewa bersama keluarganya. Mahathir takut sangat bila RCI Skandal Forex ditubuhkan. Mahathir merasakan masanya mungkin terhad untuk bersama keluarganya lagi. 
Ada yang nampak, Mahathir mengesat air matanya ketika solat hari raya Aidilfitri. Sugul dan termenung jauh memandang ke sejadah. Entah apa yang difikirkan. Namun mereka yang berada di saf belakang jelas nampak kekecewaan Mahathir di pagi raya.  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1543654558988349&substory_index=0&id=697192853634528
Menurut sumber dalaman PPBM, Mahathir sebenarnya sudah mula rasa kecewa dengan ahli-ahli PPBM. Di peringkat atas, Muhyiddin masih berkeras mahu meletakkan orang orangnya di bahagian bahagian tertent…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…