Jumaat, 4 Ogos 2017

Editor Sarawak Report mula perang psikologi terhadap Pas.

Setelah memfitnah Pas kononnya menerima dana 90 juta ringgit dari Umno, Clare Brown di saman oleh Presiden Pas YB Dato Seri Hadi Awang di .mahkamah England.  

Perbicaraan mula berjalan. Namun Clare Brown sudah nampak mereka pasti kalah dalam kes tersebut, lalu mempertikai keupayaan Pas untuk melawan mereka.  

Brown cuba mengaitkan kehadiran  6 pegawai kedutaan Malaysia di mahkamah seolah olah ada tangan ajaib untuk membantu Pas. Sarawak Report juga merendah rendahkan keupayaan Pas untuk membiayai kos perbicaraan yang sangat tinggi di negara tersebut.

Pas dikatakan hanya berjaya menyediakan dana tak sampai 100 ribu ringgit sedangkan kos peguam ialah 5 ratus pounds sejam. Ia seolah olah kerajaan Malaysia yang membiayai kos tersebut.

Cuba kita imbas kembali kes suami isteri yang dihadapkan di sebuah mahkamah di Eropah kerana dituduh memukul anak mereka. Pegawai kedutaan juga turut hadir ke mahkamah. 

Sebenarnya kedutaan Malaysia sentiasa mengikuti perkembangan apa jua perkara yang membabitkan rakyat Malaysia.  Kehadiran mereka hanyalah untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk membuat laporan.  

Apa yang berlaku antara Pas dan Clare Brown hanyalah saman sivil bukan nya kes jenayah.

Pas juga cuba diperkecilkan keupayaan mereka untuk melawan Sarawak Report adalah silap besar.  Pas sudah pun bersiap sedia dan dengab kegusaran Brown Pas nampak jelas kemenangan berada di pihak Pas.