Sabtu, 5 Ogos 2017

Scorpene : Perjanjian Pembelian Dibuat Sejak Zaman Mahathir Lagi



Razak Baginda tidak ada sewaktu perjanjian kapal selam diadakan, yang ada adalah Mahathir. 

Ini kerana perjanjian kapal selam itu sebenarnya sudah dirangka dan dimeterai ketika zaman pentadbiran Mahathir Mohamad dulu sebagai Perdana Menteri dan bukannya pada zaman Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perkara itu direkodkan dalam hansard sidang Dewan Rakyat pada tahun 2002 lagi. Timbalan Menteri Pertahanan telah memaklumkan Dewan Rakyat mengenai kontraknya apabila perkara itu dibangkitkan di parlimen. 

Mahathir yang kini adalah Pengerusi PPBM jangan buat-buat lupa berkenaan perjanjian membeli kapal selam itu.

Masa itu, Timbalan Menteri berkenaan telah menyatakan dalam dewan yang mulia di Parlimen jumlah yang dibayar kepada syarikat Malaysia bukannya komisen tapi kos perkhidmatan, penyelenggaraan dan latihan.

Kedua-dua mereka Perdana Menteri, Mahathir, dan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu Tun Abdullah Ahmad Badawi sebenarnya tahu apa yang berlaku. 

Bahkan sebelum itu Mahathir sudah meninjau kapal selam dari Perancis ketika Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA'97) 1997. Tiga kapal selam dari tiga negara iaitu Rusia, Perancis dan Turki turut menyertainya untuk ditinjau oleh kerajaan pada masa itu.

Kemudian selepas meninjau kapal selam Perancis di LIMA 97, setahun selepas itu Mahathir menulis surat pada Michel Rocard, Perdana Menteri Perancis berkaitan hal kapal selam. 

Dalam buku bertajuk "Surat Terpilih Dr Mahathir Kepada Pemimpin Dunia", mukasurat 218, menyatakan pada tahun 1998, Perdana Menteri, Perancis dan Mahathir bertukar-tukar empat pucuk surat.

Dalam kandungan surat itu menyatakan bahawa Malaysian Airlines (MAS) akan mendapat lebih hak mendarat di Paris, dan Malaysia akan mendapatkan dua kapal selam buatan Perancis iaitu jenis Scorpene yang akan dihantar pada 2009. 

"Seramai 145 orang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang dilatih di Ecole Formation de Sous Marine di Brest, sejak 2005.

"Dua kapal selam itu akan diletakkan di pangkalan di Sepanggar di Sabah apabila ia sudah beroperasi nanti," kata surat itu.

Ini bukti jelas, rundingan untuk pembelian kapal selam ini dibuat sejak zaman Mahathir lagi. Dua hari lepas, Mahathir kata dia tidak tahu menahu tentang pembelian kapal selam. Mahathir memang sengaja buat buat lupa dan tidak mahu mengaku. 

Pembohongan Mahathir tidak boleh ditutup. Jangan cuba menipu orang yang mengetahui urusan rundingan kapal selam itu. 

Bekas Pegawai Penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Haniff pula mendedahkan pembohongan Mahathir itu. 

"Mahathir boleh memperbodohkan pemuda seperti Ketua Armada PPBM) Syed Saddiq, mereka yang lebih matang mengetahui perkara sebenar.

"Lampu hijau bagi pembelian Scorpene diberikan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sejak 1995 lagi" katanya.

Sejak 1995 lagi, sebab itulah pada 1997 pada pameran LIMA 97 ada kapal selam dari Perancis datang ke Langkawi. Kemudian pada 1998, Mahathir dan Perdana Menteri Perancis berutus surat berkaitan pembelian kapal selam itu. 

6 tahun selepas itu, pada 2002, kontrak pembelian kapal selam bernilai RM3.7 billion diluluskan oleh Perdana Menteri pada waktu itu. 

Malah lebih mengejutkan bila bekas pegawai penyiasat  ketenteraan, Kapten (B) Abdul Rahmat Tun Haniff mendedahkan anak Mahathir dan Daim terlibat dalam urusan kapal selam ini.

"Penyokong asal program kapal selam Malaysia adalah Mokhzani Mahathir dan  Ibrahim Mohd Noor (pada ketika itu CEO syarikat yang baru disenaraikan BERNAS,  bertindak bagi pihak Daim Zainuddin)" kata Abdul Rahmat.

Hari ini, Mahathir mahu pertikai kenapa Malaysia beli kapal selam. Tidak patut hendak pertikai lagi bila Arab Saudi sendiri sudah mahu belajar dan berkongsi kepakaran dan  latihan kapal selam dengan Malaysia. 

Sesudah gagal gunakan isu 1MDB, DoJ dan lain lain lagi untuk jatuhkan Datuk Seri Najib, Mahathir kena cungkil balik cerita kapal selam untuk dijadikan isu. "Desperate" dah Mahathir ini.