Menjadi wakil rakyat bukan tiket untuk menabur fitnah dengan menyebar perkara-perkara bersifat hasutan. Bukan sekali, malah sudah beberapa kali, wakil rakyat DAP ini terus mengulangi sikap biadapnya itu.
Nga Kor Ming, Ahli Parlimen DAP adalah salah seorang wakil rakyat yang biadap, kurang ajar dan sering menabur kebencian terhadap pemimpin negara.
Terbaru, beliau telah menyebar fitnah mengenai bapa pembangunan negara, Allahyarham Tun Abdul Razak dengan menyebar satu poster berunsur hasutan yang mempersoalkan mengenai Tun Abdul Razak. Poster itu turut mengangkat ketua komunis Malaya, Chin Peng sebagai heronya.
Poster itu memuji Chin Peng kononnya dia berjuang melawan Jepun. Hakikatnya Chin Peng adalah pengkhianat dan petualang negara yang mahu menjadikan negara sebagai sebuah negara komunis satu ketika dahulu.
Ini bukti jelas, DAP menjulang ideologi komunis dalam parti mereka. Mengangkat komunis yang membunuh ribuan orang ketika darurat sebagai hero mereka. Tindakan DAP ini jelas tidak patriotik dan biadap sekali.
Tambahan lagi, seluruh rakyat Malaysia sedang berada dalam bulan kemerdekaan. Tindakan mengangkat komunis sebagai hero dan menghina Tun Razak ini amat kurang ajar sekali.
Nga langsung tidak sensitif terhadap anggota tentera dan polis termasuk orang awam yang terkorban disebabkan perbuatan Chin Peng dan pengganas komunis.
Statistik menunjukkan pengganas komunis yang dikepalai Chin Peng telah membunuh 2,083 anggota keselamatan dan mencacatkan 3,541 anggota lain, manakala 2,588 orang awam pula dibunuh dengan 1,490 yang lain cedera.
Apakah nyawa-nyawa yang melayang ini tidak ada harga langsung? Apabila Nga menyebar dan berkongsi poster itu, ia menunjukkan beliau sebagai biadap dan tidak sayang pada negara.
Selepas gagal menjatuhkan anaknya, Datuk Seri Najib Tun Razak, pembangkang kini menuduh Tun Abdul Razak sebagai tali barut Jepun pula dengan menyebarkan sekeping gambar di mana Allahyarham bersama rakan-rakannya menyertai latihan tentera Jepun.
Gambar itu disimpan di Muzium Negara dan sebagai Perdana Menteri, Tun Abdul Razak boleh sahaja mengarahkan agar gambar itu dimusnahkan sebaliknya ia tidak berlaku kerana tiapa apa yang perlu beliau sembunyikan.
Ini bukan kali pertama Nga membuat fitnah. Kisah paling klasiknya Nga ialah pada 29 Mac 2015, apabila beliau memuat naik status bergambar dalam Facebooknya yang bertujuan menyindir Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan menerbitkan perkataan, "Meeting Kerajaan...Siapa PM Malaysia yang sebenarnya.."
Susulan itu, Najib dan Rosmah telah menyaman Nga dan akhirnya Nga terpaksa menzahirkan pernyataan kesal berhubung perkara tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pada 6 Julai tahun lepas pula, mengikut akaun Facebook yang bernama Nga Kor Ming, satu status bersifat menghina telah dimuat naik pada 5.15 petang 6 Julai, yang bertajuk "Hanya di Malaysia di bawah UMNO, Selamat Hari Raya"
Laporan polis telah dibuat ke atasnya dan beliau kemudiannya menafikan status terbabit dan menyifatkan dirinya sebagai mangsa fitnah.
Beliau kemudiannya sekali lagi dikecam apabila memuatnaik ucapan Aidilfitri bertemakan negara asing dalam Facebooknya.
Teruk Nga Kor Ming dikecam dengan ramai yang menggelarnya sebagai bodoh dan dangkal apabila Kor Ming menyertakan gambar rumah api berlatarbelakangkan bendera Amerika Syarikat dan diselitkan perkataan "In God We Trust serta Lord, Guide Our Nation Back To You" dan motif tangan berdoa.
Selepas banyak provokasi yang dilakukan, kali ini tindakan Nga itu sangat tidak munasabah dan jelas berbaur hasutan.
Apakah Mahathir mahu bersama sama Nga Kor Ming dan DAP iktiraf Chin Peng kali ini? Zahid Mat Arip sudah dipertahankan tidak bersalah oleh Mahathir.
Kita sama sama lihat apakah pendirian Mahathir berhubung hasutan Nga Kor Ming ini. Amat pasti Mahathir akan bersama sama senada dengan DAP.
Mahathir lebih sayang DAP dari segalanya sekarang ini. Sudah semakin mengarut Mahathir.
Seluruh rakyat Malaysia yang sayangkan negara ini perlu bangkit bersama sama mengecam tindakan jahat dan biadap ahli parlimen DAP ini.
Kali ini jangan biarkan dia terlepas lagi. Bukan sekali dia berlaku biadap, malah sudah banyak kali. Biar undang undang hukum tindakan biadap Nga Kor Ming ini.