Khamis, 3 Ogos 2017

Mahathir tidak bercakap benar.



Pemuda UMNO Kedah yakin dan percaya Tun Mahathir tidak bercakap benar dan cuba mengelirukan rakyat apabila menuduh YAB Dato Seri Zahid berjumpa dengan beliau dan berniat untuk menjatuh YAB Perdana Menteri. 

Bagi Pemuda Kedah niat untuk  "menipu" ini membuktikan bahawa beliau amat terdesak apabila menyedari serangan beliau sebelum ini tidak sama sekali mendatangkan kesan terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Pemuda UMNO Kedah mengutuk keras dan mahu strategi politik tidak bermaruah ini dihentikan serta merta. 

Sebagai seorang yang pernah bergelar status negarawan Tun Mahathir perlu berhadapan dengan lawan secara "gentlemen" dan bukannya mengada-adakan cerita yang tidak wujud sama sekali.

Pemuda UMNO Kedah juga mohon agar tuduhan dan kenyataan Tun Mahathir ini dibuktikan dengan kadar segera. 

Pemuda UMNO Kedah tidak mahu tuduhan dan kenyataan Tun Mahathir hanya lah bersifat "cuba-cubaan" ataupun "ujian makmal" semata-mata. 

Pemuda UMNO Kedah yakin dan percaya hubungan YAB Dato Seri Zahid dan YAB Dato Sri Mohd Najib kekal utuh dan mereka adalah gandingan yg paling ideal mempertahankan parti. 

Sebarang usaha murahan dan picisan sudah semestinya tidak akan membawa kesan sama sekali.

Pemuda UMNO Kedah ingin berpesan agar ahli Parti sentiasa fokus dan tidak terpedaya dengan kenyataan yg tidak berasas ini. Pemuda UMNO Kedah melihat wujudnya satu "trend" oleh pembangkang termasuk Tun Mahathir yg cuba meletakkan unsur "kesangsian" dikalangan ahli parti. 

Namun Pemuda UMNO Kedah yakin strategi dan pendekatan ini tidak akan berkesan dan akan ditolak oleh ahli parti.

Dato Shaiful Hazizy Zainol Abidin
Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah