Sabtu, 12 Ogos 2017

Penang Kes tangkapan Exco Alam Sekitar Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh



Lim Guan Eng kata tak mungkin Phee Boon Poh makan rasuah (ambil wang sogokan) kerana dia adalah Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang paling kaya. 

Semua orang tahu Phee Boon Poh adalah seorang jutawan sebelum jadi Exco. Orang juga tahu dia berasal  dari keluarga yang kaya raya di Pulau Pinang. Keluarga dia adalah keluarga orang meniaga dengan penglibatan dalam pelbagai perniagaan dan memiliki banyak harta bukan sahaja di Malaysia malahan juga di New Zealand. 

Oleh kerana dia sangat kaya maka Lim Guan Eng beranggapan mustahil Phee Boon Poh makan rasuah. Ini adalah tanggapan yang salah. 

Tidak semestinya kerana seseorang itu sudah sangat kaya dia tidak makan rasuah. Mungkin juga seseorang itu menggunakan kedudukan atau jawatan dia untuk orang lain yang ada hubungan dengan dia.

Dalam kes ini menurut sumber Phee Boon Poh disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana katanya dia menulis surat meminta MPSP menangguhkan tindakan ke atas sebuah kilang yang beroperasi secara haram di Penanti. Phee Boon Poh disiasat SPRM kerana menyalah guna kuasa dia sebagai EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Seksyen 23 Akta SPRM 2009

23 Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuksuapan 

(1) Mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa-apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya, melakukan suatu kesalahan.

(2) Bagi maksud subseksyen (1), seseorang pegawai badan awam hendaklah dianggap, sehingga akasnya dibuktikan, telah menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa-apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya, apabila dia membuat apa-apa keputusan, atau mengambil apa-apa tindakan, berhubungan dengan apa-apa perkara yang mengenainya pegawai itu, atau mana-mana saudara atau sekutunya, mempunyai kepentingan, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

(3) Bagi mengelakkan keraguan, adalah diisytiharkan bahawa, bagi maksud subseksyen (1), mana-mana anggota pentadbiran sesuatu Negeri hendaklah disifatkan telah menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk suapan jika dia bertindak bertentangan dengan subseksyen 2(8) Jadual Kelapan kepada Perlembagaan Persekutuan atau peruntukan yang bersamaan dalam Perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh Negeri itu.

(4) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi seseorang pegawai yang memegang jawatan dalam sesuatu badan awam sebagai wakil suatu badan awam lain yang mempunyai kawalan atau kawalan separa atas badan awam yang mula-mula disebut itu berkenaan dengan apa-apa perkara atau benda yang dilakukan atas sifatnya sebagai wakil sedemikian bagi kepentingan atau faedah badan awam yang satu lagi itu.

Azizi