Isnin, 14 Ogos 2017

Semua Urusan Azmin Gagal Lakukan, Hanya Tahu Tuding Jari:- TS Noh Omar



Pembangkang dan fitnah berpisah tiada, itu kesimpulan yang dibuat oleh Menteri Kementerian Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempat (KPKT), Tan Sri Noh Omar berhubung tuduhan kejadian kecoh pada forum ‘Nothing To Hide 2.0’ yang disebabkan oleh UMNO.
Dalam hal ini beliau yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor t menyelar kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tanpa bukti menuding kepada Perdana Menteri tentang kekecohan forum tersebut.

“Masalah mereka yang saya lihat ialah pembangkang dan fitnah berpisah tiada. Saya ingat dalam PKR hanya Rafizi sahaja raja fitnah. Tetapi saya melihat hari ini Menteri Besar Selangor, boleh buat kesimpulan sebelum siasatan dan salahkan Perdana Menteri.
“Ini sikap pembangkang, bila salah je dia akan salahkan kita. Cukup-cukuplah nak hasut rakyat, tipu rakyat terutama pemimpin Menteri Besar Selangor , dia apa jua kesilapan dia tidak boleh terima,” ujar Tan Sri Noh ketika ditemui pemberita di Ipoh, hari ini.

Tambahnya lagi, sepatutnya Timbalan Presiden PKR lebih bijak dalam politiknya serta menguruskan Kerajaan Negeri berbanding mencari kesalahan orang lain demi menutup kelemahan dirinya.
“(Dia) Urus rumah tidak reti, urus sampah tidak reti, urus PKR tidak reti. urus air tidak reti, urus pasukan Selangor pun tidak reti.

“Hari ini (dia) nak cari salah pulak untuk program Nothing To Hide, mereka timbulkan masalah.
“Saya harap rakyat sedar kepada pembangkang yang menuding jari kepada Barisan Nasional ini,” kata Tan Sri Noh lagi.
Menurut laporan media, Datuk Seri Mohamed Azmin menyifatkan mereka yang mengganggu ketenteraman program Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam itu sebagai pengecut.

Malah kenyataannya itu juga merujuk kepada tuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abd Razak yang didakwa menggunakan gangsterime.
“Najib perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan jenayah dan tindakan tidak bertamadun penyokongnya di program Nothing to Hide 2.0.

“Saya mahu Polis Diraja Malaysia melakukan siasatan segera dan mengambil tindakan tegas terhadap dalang dan pelaku insiden yang jelas menggangu ketenteraman awam”, Azmin dalam kenyataannya pada Ahad.