Jumaat, 15 September 2017

FAKTA PEMBELIAN BOEING, PELABURAN KWSP & KHAZANAH YANG DIPUTAR-BELIT PEMBANGKANG


01: Pembelian pesawat Boeing adalah urusniaga yang dilakukan oleh MAS, buka KWSP.

MAS komited untuk membeli 25 unit Boeing 737 Max 10 & 8 unit 8 Boeing 787 Dreamliners. Juga merancang untuk menambah lagi 25 unit Boeing 737 Max 10 dalam masa 5 tahun akan datang.

Urusniaga antara MAS & Boeing bernilai lebih daripada USD10 billion (RM43 billion) dalam tempoh 5 tahun akan datang. 

Ramai yang tersalah sangka menyatakan KWSP membeli pesawat Boeing tersebut.

02: Pelaburan KWSP di AS bukanlah pelaburan baharu. 

KWSP sudah pun melabur USD7 Billion (dalam bentuk ekuiti) di AS sebelum ini dan berhasrat mahu menambah USD3 hingga USD4 billion (RM12 hingga RM16 billion) lagi pelaburan melibatkan pembangunan semula infrastruktur di AS.

Pembangkang menyebarkan berita menyatakan ianya pelaburan baharu juga mahu mewujudkan rasa tidak puas hati kepada pencarum. Sedangkan KWSP sudah sekian lama melabur dan menjana keuntungan di AS.

03: Khazanah Nasional telah sekian lama melabur USD400 juta dalam syarikat pembangunan teknologi tinggi di US dan memiliki Pejabat Operasinya di Silicon Valley.

Khazanah berhasrat untuk menambah lagi pelaburan dalam masa terdekat kerana telah menjana keuntungan hasil dari pelaburan sebelum ini.

*****
Dengarilah sendiri rakaman video ini untuk kepastian berkaitan urusniaga dibincangkan sewaktu lawatan
PM ke AS tempohari. Urusniaga yang bernilai melebihi RM50 billion sudah pastinya akan membantu pertumbuhan ekonomi US dalam masa 5 tahun akan datang.

MAS bakal beroperasi dengan pesawat baharu untuk meningkat pendapatan bersaing dengan syarikat penerbangan lain yang menyediakan perkhidmatan eksklusif, KWSP dijangka menjana keuntungan dengan penglibatan pembangunan semula infrastruktur di AS, manakala Khazanah akan melibatkan lebih banyak lagi pelaburan dalam syarikat-syarikat pembangunan teknologi tinggi (hi-tech).

Sebarkanlah video ini buat pengetahuan rakyat jelata agar tidak diselubungi kesangsian juga rasa tidak puas hati yang tiada kesudahan. Semoga bermanfaat..

#ProudOfYouPMNajibRazak

#FikirFikirkanlah ya, #TakFahamTakpe ๐Ÿ˜Ž