Jumaat, 8 September 2017

Kenderaan Rasmi Diplomatik Baru China

Geely Auto mengumumkan Biro Politik Perkhidmatan Kementerian Luar China akan menggunakan  50 buah Geely GC9 untuk diguna pakai sebagai kereta rasmi Diplomatik di China.  Ia untuk digunakan untuk menyambut tetamu negara.

Majlis penyerahan turut disaksikan oleh duta dari Uruguay dan Estonia. 

Model GC9 menjadi peneraju jualan jenama China dalam segmen D bersaiz besar. Sejak dilancarkan dua tahun lalu sejumlah 110 ribu telah terjual.

Kereta berkuasa 3liter ini dilengkapi dengan teknologi pemanduan terbaru dari Geely iNTEC.