Jumaat, 8 September 2017

PAKATAN tiada HARAPAN PERAK AKAN MENAWAN SEMUA KERUSI DUN DI PERAK






Pembangkang di Perak ada 4 komponen seperti di atas dan Dap menjadi ketua segala ketua. Pan.
Bunga dan Pkr hanya jadi pak turut sahaja. Pan sudah tentu anak tiri kesayangan abang besar.
Dap pun sudah begitu yakin bahawa Pas akan dapat zero kerusi Dun.

Ketua-ketua parti Pakatan tiada Harapan Perak adalah seperti berikut;
  1. NGEH KOH HAM  -DAP
  2. MOHD NOOR MANUTY - PKR
  3. ASMUNI AWI- PAN
  4. AHMAD FAIZAL AZUMU- PPBM
Apa yang menjadi pelik ialah yang jadi bisul tang lain dan yang menanah pun tang lain. atau dengan kata lain, lain bengkak lain yang menanah.

Dap jangan komen lah sebab mereka memang menjadi dominan di Perak. jika PRU tahun 2004 mereka dapat 18 kerusi dan PRU 13 pun mampu mengekalkan 18 kerusi. akan datang tak tahu lagi tetapi mereka yakin akan menambah lagi kerusi Dun mereka mungkin dengan meletakkan calon Melayu seperti Dyana Sofea dan beberapa yang lain.

PKR sememangnya tak ada kekuatan langsung di Perak mereka hanya menumpang tuah kepada Pas dan Dap sahaja untuk menang 5 kerusi Dun. Mereka ibarat hanya mahu kerusi tetapi tak ada jasa apa pun yang diberikan kepada penduduk yang mereka wakili. 5 adun PKR adalah seperti berikut;

  1. Kuala Kurau Abdul Yunus Jamahri
  2. Kuala Sapetang Chua Yee Ling 
  3. Simpang Pulai Tan Kar Hing 
  4. Hutan Melintang Kesavan Subramaniam
  5. Teja Chang Lih Kang 

PAN pula merupakan parti baru serpihan Pas yang realitinya kelihatan cukup mewah dan kaya. Lihat sahaja pejabat mereka dan saluran media elektronik cukup canggih dan memerlukan perbelanjaan yang sangat besar. 

Hairan juga dari sumber mana Mat Sabu dapat dana untuk menubuhkan sebuah parti yang begitu hebat. Penulis masih ingat kata-kata Presiden Perkasa Dato Ibrahim Ali bahawa beliau tidak akan menubuhkan sebuah parti politik kerana ia memerlukan satu perbelanjaan yang amat besar dan beliau tidak berkemampuan.

Cuma yang pelik sedikit di Perak ialah Dap mahukan YB Dato Seri Nizar Jamaluddin Adun PAN dari Changkat Jering untuk menjadi Menteri Besar sekiranya Pakatan tiada Harapan menang. Sedangkan kita semua tahu bahawa Ketua PAN ialah Asmawi Awi seorang peguam yang juga berasal dari PAS.

Paling seronok beruk ialah Pengerusi PPBM Perak iaitu Ahmad Faizal Azumu yang tiba-tiba menempah nama menjadi KETUA PAKATAN HARAPAN PERAK.

Pelantikan Faizal atau Peja menjadi Pengerusi bunga Perak juga mencetuskan kemarahan ahli parti. Semua orang tahu bahawa Dato Hamidah Osman adalah orang bertanggung jawab menubuhkan parti PPBM di peringkat negeri. Tiba-tiba sahaja Dato Hamidah ditolak ke tepi dan meletakkan pegawai khas kepada Dato Mukhriz untuk menerajui parti tersebut. 

Apakah penyingkiran Dato Hamidah adalah arahan daripada Dap terutama Ngeh dan Nga?

DATO HAMIDAH MENJADI MANGSA PERMAINAN DAP & PAN

Kita semua tahu Dato Hamidah sewaktu menjadi Adun BN dahulu amat kuat menentang Dap, Pkr dan Pas. Malah kejayaan BN merampas semula Perak daripada Dap juga dikatakan hasil usaha Dato Hamidah.  Jadi dendam tetap membara. Rasanya Hamidah digugurkan daripada jawatan Pengerusi negeri adalah kerana desakan Dap dan Pan adalah tidak boleh disangkal lagi. Kesian Dato Hamidah Naib Presiden Majlis Tertinggi Parti Bunga dipinggirkan.

Begitu lah hebat nya percaturan politik Perak yang dimainkan oleh Dap.