Isnin, 30 Oktober 2017

BATU TIGA & SUNGAI RASAU TOLL – ITS 2038 NOT 2018




Pursuant to the announcement made by YAB Prime Minister yesterday (27 October) during Budget 2018, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) would like to clarify that based on the 2011 revised Concession Agreement, toll collection at Batu Tiga and Sungai Rasau in Selangor is scheduled to end on 31 December 2038.

The announcement made by YAB Prime Minister means that abolishment of toll collection effective 1 January 2018 at the Batu Tiga and Sungai Rasau toll plazas are realized 20 years ahead of schedule.

The 2011 Concession Agreement, which was restructured following the privatization of PLUS in the same year, saw toll collection being harmonized on all toll plazas that are under the purview of PLUS and this includes Batu Tiga and Sungai Rasau. In addition, no toll increase was implemented by the Government and/or PLUS on all its highways since 2005.

There have been several enquiries on the compensation for PLUS with the abolishment of toll collection at the 3 locations -- Batu Tiga and Sungai Rasau in Selangor and Bukit Kayu Hitam in Kedah. As discussions are on-going, we will make the necessary announcement upon receipt of further details from the Government.




TEMPOH KONSESI TOL BATU TIGA & SUNGAI RASAU BERAKHIR PADA 2038 BUKANNYA 2018


Merujuk kepada pengumuman yang telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri semalam (27 Oktober) semasa Pembentangan Belanjawan 2018, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin menjelaskan bahawa, berdasarkan Perjanjian Konsesi Tambahan pada tahun 2011, kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor dijadualkan tamat pada 31 Disember 2038.

Pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri bermaksud pemansuhan kutipan tol mulai 1 Januari 2018 di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau adalah 20 tahun lebih awal daripada jadual asal tempoh tamat konsesi.

Menurut Perjanjian Konsesi Tambahan pada 2011 yang telah distruktur semula berikutan penswastaan PLUS pada tahun yang sama, menyaksikan kutipan tol diselaras di semua lebuh raya kendalian PLUS termasuklah di Batu Tiga dan Sungai Rasau. Pada masa yang sama, tiada kenaikan tol dilaksanakan oleh Kerajaan/PLUS di semua lebuh raya kendaliannya sejak tahun 2005.

Kami juga telah menerima beberapa persoalan mengenai pampasan yang diterima oleh PLUS ekoran pemansuhan kutipan tol di 3 lokasi - Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor dan Bukit Kayu Hitam di Kedah. Memandangkan perbincangan sedang giat dijalankan, kami hanya akan memaklumkan sebarang perkembangan sejurus mendapat maklumat lanjut daripada pihak Kerajaan.