Isnin, 16 Oktober 2017

Berita Pilihan Hari Ini

*‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*Salam Perak Amanjaya & Salam 1Malaysia.*

🇲🇾🗞 *_BERITA PILIHAN HARI INI_*
==========================
*16 Oktober 2017 - Isnin*
*25 Muharram 1439 Hijrah*

➡ *NASIONAL*
1. BANGI: Datuk Seri Najib Razak mahu mahasiswa mengubah mentaliti mahu makan gaji apabila keluar universiti, sebaliknya memilih bidang keusahawanan agar boleh tawar pekerjaan kepada orang lain. Perdana Menteri berkata, mereka perlu mencabar diri untuk memilih bidang keusahawanan yang boleh menjanjikan masa depan yang lebih cerah.
2. BESTARI JAYA: Keengganan bekas pekerja ladang keluar dari kuarters disediakan majikan, menyebabkan masalah perumahan kelompok itu tidak berkesudahan. Menteri Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, berkata setiap pekerja ladang yang sudah bersara sepatutnya keluar dari kuarters masing-masing.
3. KUALA LUMPUR: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Negara (NIOSH) akan mengadakan kempen kesedaran keselamatan dan pekerjaan secara besar-besaran bagi meningkatkan tahap keselamatan sekolah tahfiz. Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kempen itu berikutan kes kebakaran pusat tahfiz termasuk insiden meragut nyawa 21 pelajar serta dua guru di pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato keramat, pada 14 September lalu. Menerusi kempen itu, NIOSH akan bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, pihak berkuasa tempatan, Persatuan Pengurusan Fasiliti Malaysia (MAFM) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
4. KUALA LUMPUR: Sistem Perkhidmatan Global Pendidikan Malaysia (EMGS) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani kes penyalahgunaan pas pelajar. Ketua Pegawai Operasi, Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa, berkata pihaknya mengambil berat kenyataan Ketua Polis Negara berkenaan isu penyalahgunaan pas pelajar yang menjadi ancaman kepada keselamatan negara.
5. JOHOR BAHRU: Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abd Samad, berpendapat Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) kini perlu meletakkan fokus dalam penstrukturan semula organisasi. Katanya, ia (penstrukturan semula) adalah perkara utama yang perlu dilakukan terlebih dahulu, sebelum memikirkan soal lain antaranya seperti keuntungan, aset atau kewangan syarikat.
6. KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dijangka mengutuskan surat mohon menghadap dan permohonan maaf berhubung isu pegawai kadernya kepada Sultan Johor, hari ini. Tindakan segera JAKIM bertujuan menjelaskan situasi sebenar isu Zamihan Mat Zain, yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Ibrahim Iskandar ketika menyampaikan ceramah mengenai isu dobi mesra Muslim seperti yang viral di media sosial.
7. KOTA KINABALU: Projek pembangunan yang dibawa Kerajaan Pusat menerusi mana-mana kementerian ke Sabah, sewajarnya dimaklumkan kepada kerajaan negeri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata kerajaan negeri lebih tahu mengenai keperluan pembangunan di Sabah, selain sebagai tanda menghormati kepemimpinannya. Beliau mendakwa, dalam isu projek pembangunan dilaksanakan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di bawah menteri terdahulu, kerajaan negeri langsung tidak dimaklumkan berhubung sebarang perancangan termasuk berkaitan peruntukan.
8. KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mencadangkan supaya jawatankuasa khas diwujudkan bagi menyelaras agensi penguatkuasaan dalam menangani isu pencerobohan nelayan asing di perairan negara. Pengerusi LKIM, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim, berkata LKIM menyambut baik saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengarahkan agensi penguatkuasaan bertindak tegas mengekang.
9. KUALA LUMPUR: Menyedari kepayahan pelarian Rohingya, terutama wanita mahu bersalin, Mercy Malaysia akan membina dua pusat kesihatan dengan kemudahan perbidanan di kem pelarian etnik itu di Ukhia, Cox's Bazar, Bangladesh. Pusat kesihatan wanita dan kanak-kanak itu akan dibina di kawasan penempatan pelarian di Kutupalong dan Mainnerghona, masing-masing dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bangladesh, COAST dan Dhaka Community Hospital (DCH) Trust.
10. KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (Met Malaysia), hari ini mengeluarkan amaran tahap kedua angin kencang dan laut bergelora kesan daripada pergerakan ganas Ribut Khanun ke arah Barat Laut dengan kelajuan 15 kilometer sejam (kmj). Dalam satu kenyataan, Met Malaysia mengesan kedudukan ribut pada Latitud 20.1 Utara dan Longitud 115.4 Timur, kira-kira 398 km ke Tenggara, Guangzhao, China dan 1,476 km ke Barat Laut Kudat, Sabah.

➡ *POLITIK*
1. SHAH ALAM: Perhimpunan anjuran Pakatan Harapan di Padang Timur, Petaling Jaya malam tadi, sepatutnya dihadiri 1 juta rakyat kerana dibuat dalam negeri yang menjadi pusat kepada pakatan itu. Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi, secara sinis, berkata ini kerana perhimpunan itu bukan setakat membabitkan komponen parti dalam Pakatan Harapan, malah ia juga dibuat pada lokasi yang mudah diakses.
2. PADANG TERAP: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, menganggap rakyat sudah muak dengan cemuhan pakatan pembangkang terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan ia terbukti apabila Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi yang dianjurkan mereka tidak mendapat sambutan. Beliau ketika diminta mengulas mengenai himpunan hambar di Padang Timur di Petaling Jaya, malam tadi berkata ucapan pemimpin pakatan pembangkang yang difahamkan bermula sejak 4.30 petang hingga 10.30 malam itu, hanyalah ucapan menghentam kerajaan tanpa memperincikan perancangan politik yang dibawa mereka.
3. PUTRAJAYA: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad digesa tidak bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Naib Ketua UMNO bahagian Putrajaya, Datuk Nordin Hasan, berkata ia demi menjaga keamanan dan keharmonian pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini.
4. KUALA LUMPUR: Gelagat dan perangai pimpinan pembangkang yang hipokrit, jelas dapat dilihat pada perhimpunan yang mereka namakan 'Himpunan Rakyat Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi' di Padang Timur, Petaling Jaya, malam tadi. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan, berkata perhimpunan berkenaan yang gagal mencapai sasaran kehadiran, hanya dijadikan medan oleh pemimpin pembangkang untuk memaki hamun pimpinan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
5. KEPALA BATAS: Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bakal memberi cabaran lebih getir kepada UMNO dan berkemungkinan hilang kuasa, jika ahli parti tidak bekerja kuat untuk menangkis tohmahan pakatan pembangkang. Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata ia bukan suatu perkara mustahil, bahkan bukan hanya pada peringkat negeri tetapi berkemungkinan turut membabitkan kerajaan Pusat.

➡ *EKONOMI*
1. HUNAN, CHINA: Pengeluar jentera pembinaan terkemuka China, Sany Group, melihat Malaysia antara pasaran penting di Asia Tenggara untuk pertumbuhan perniagaannya. Pembantu Presiden, Pengarah Pejabat Presiden Sany Heavy Industry Co Ltd, Chen Jing, berkata Sany Group memasuki pasaran negara ini pada 2007 dan jualan yang dicatatkan ketika ini ialah kira-kira satu bilion renminbi (RM640 juta).
2. KUALA LUMPUR: Golongan muda tempatan masih kurang pengetahuan tentang kewangan terutama dalam aspek berkaitan pelaburan meskipun terdapat pelbagai usaha sama ada daripada kerajaan atau sektor swasta untuk meningkatkan penglibatan mereka. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, golongan itu perlu bersedia dengan menjadi lebih celik pelaburan untuk berhadapan sebarang kemungkinan pada masa depan seperti kemalangan atau bersara.
3. KUCHING: Eksport lada hitam keluaran Malaysia ke luar negara mencatatkan perkembangan positif apabila mencatatkan nilai mencecah RM180.4 juta dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini. Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, nilai eksport yang memberangsangkan itu adalah hasil permintaan tinggi dari negara luar terutama rantau Asia yang begitu yakin dengan kualiti lada hitam keluaran negara ini.

➡ *AGAMA*
1. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan solat) dan beribadahlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)." (Surah al-Hajj, ayat 7)

➡ *LUAR NEGARA*
1. LISBON: Britain dan Ireland bersiap sedia berdepan serangan Taufan Ophelia, terbesar pernah direkodkan di timur Lautan Atlantik, hari ini. Taufan itu sebelum ini membawa hujan lebat di kepulauan Azores, Portugal. Ophelia yang melintasi gugusan Azores semalam, diklasifikasikan taufan kategori 3, membawa angin dengan kelajuan sekurang-kurangnya 178 kilometer sejam.
2. MOGADISHU: Angka kematian akibat serangan bom trak semalam di sebuah kawasan beli belah ibu kota ini meningkat kepada sekurang-kurangnya 137 orang. Polis berkata hari ini, 300 lain dilaporkan cedera dalam insiden itu.
3. 

LOG MASUK

DUNIA»Amerika

Ahad, 15 Oktober 2017 | 7:47am

KEMATIAN disahkan setakat ini adalah 35, termasuk 19 di Sonoma, menjadikan ia adalah kes kebakaran paling buruk dalam sejarah California.- Foto AFP

prev

next

Kebakaran di California, angka korban 35

Share

 

Tweet

 

Share

SANTA ROSA: Ribuan lagi penduduk California mengosongkan kediaman ketika kebakaran hutan merebak berikutan arah angin yang kerap bertukar dengan angka kematian dijangka meningkat manakala ratusan lagi masih hilang. Enam belas kebakaran besar, sebahagiannya adalah beberapa api kecil yang bergabung, di kawasan utara San Francisco. Ia memusnahkan kawasan hampir seluas 86,000 hektar sejak tujuh hari lalu, atau secara kasar 537 kilometer, kawasan lebih luas daripada saiz New York City.

➡ *SUKAN*
1. KUALA LUMPUR: Kejayaan meraih pingat emas dalam acara luncur ais 3,000 meter berganti-ganti pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Khairil Ridhwan Khalil, 17, kini menyasarkan untuk layak ke Kejohanan Remaja Dunia 2018 di Bulgaria, Mac depan. Khairil juga perlu berlatih bersungguh-sungguh untuk memastikan layak kejohanan luncur ais ISU 2018 dan temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.
2. KUALA LUMPUR: Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) buat kali pertamanya akan menghantar skuad penuh bagi menyertai Kejohanan Dunia di Mexico City bermula esok. Susulan persembahan hebat pada Sukan SEA Kuala Lumpur Ogos lalu apabila Malaysia menang lima pingat emas, pemanah kebangsaan diberi penghargaan untuk menyertai kejohanan dunia itu dengan semuanya dibiayai penuh.
3. DHAKA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berada di sini untuk kunjungan rasmi mengadakan pertemuan dengan pasukan hoki kebangsaan negara yang sedang bersaing dalam Piala Asia. Dalam pertemuan di hotel Pan Pacific Sonargaon, Zahid berkesempatan memberi amanat dan memberi imbuhan AS$10,000 (RM42,000) kepada pasukan kebangsaan.
4. SHANGHAI: Roger Federer berjaya menewaskan seteru lamanya, Rafael Nadal dengan kemenangan 6-4, 6-3 untuk menjulang trofi Shanghai Masters dalam pertemuan dua pemain terbaik dunia itu. Ia adalah gelaran ke-94 bagi legenda Switzerland itu, bagi menyamai kemenangan yang dicatat pemain hebat, Ivan Lendl, dan juga kejayaan kelima berturut-turut dalam pertemuan menentang pemain nombor satu dunia, Nadal.
5. IPOH: Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya mengelak 'mimpi ngeri' di Stadium Perak apabila juara Liga Super itu mengikat Perak 1-1 pada separuh akhir pertama Piala Malaysia, sebentar tadi. Selepas dikecewakan 2-1 pada aksi liga Februari lalu, skuad Harimau Selatan itu nyaris kecundang sekali lagi namun gol penyamaan pada babak kedua menyaksikan mereka berjaya mengelak tragedi sama berulang dan membolehkan mereka membawa pulang kelebihan satu gol di tempat lawan untuk aksi kedua di Larkin, minggu depan.

*_BIRO IT UMNO BUKIT GANTANG_*
"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
*_"Jauhi Fitnah, Semak Sebelum Sebar (3S)"_