Ahad, 15 Oktober 2017

Dap Bapa Segala Hipokrasi






Banyak parti pembangkang telah wujud di Semenanjung Malaysia selepas usaha untuk mendapatkan kemerdekaan digerakkan oleh orang Melayu selepas tamatnya Peperangan Dunia Kedua.

Pada tahun 1946 Umno ditubuhkan selepas berjaya melawan usaha British untuk menjadikan Semenanjung Tanah Melayu sebagai Malayan Union.

Untuk merdeka, British meletakkan syarat supaya orang India dan Cina diterima menjadi warganegara, maka wujudlah Perikatan yang menggunakan lambang kapal layar.

Tak lama kemudian Umno berpecah dan tertubuh lah Pas dan Parti Parti Negara.

Tahun 1963, Singapura, Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia selepas mencapai kemerdekaan daripada British.

Lee Kuan Yew bersetuju supaya penyertaan ketiga tiga negeri jajahan British ke dalam Malaysia dibuat pada 16 September 1963. Rupa-rupanya tarikh tersebut ada kaitan dengan tarikh kelahiran Lee Kuan Yew yang jatuh pada 16 September.

Tak sempat cap mohor kering Lee Kuan Yew mahu Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan Perdana menteri.

Alasan yang diguna pakai oleh Lee Kuan Yew ialah jumlah orang Cina Singapura, Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia lebih ramai daripada keseluruhan orang Melayu.

Namun, Tunku bertindak bijak dengan mengeluarkan Singapura daripada Malaysia selepas 2 tahun menyertai Malaysia. Lee juga mendakwa beliau yang memberikan nama Malaysia bagi menggantikan Persekutuan Tanah Melayu. Malaysia adalah gabungan Malaya dan Singapore.

Selepas penyingkiran Singapura maka tertubuh lah Dap untuk membalas dendam terdapat Umno dan Tunku Abdul Rahman yang menyingkirkan Singapura.

Parti Semangat 46, PKR, Pan dan PPBM adalah parti pembangkang baharu yang wujud zaman Mahathir

Dap paling hebat kerana mampu menarik parti lain untuk bersama nya menentang Umno BN.

DAP pernah bersama Semangat 46 tetapi jodoh mereka tak panjang apabila S46 dibubarkan dan sebahagian ahli kembali kepada UMNO dan sebahagian menyertai PKR dan PAS.

Tahun 1999 Dap bekerjasama dengan Pkr apabila Wan Jijah tubuh parti baru untuk lawan Umno.

Kini muncul pula dua parti baru yang dipimpin oleh Mahathir dan Mat Sabu dan DAP turut menjalin kerjasama bertujuan untuk menang PRU 14.

PAS dengan sendirinya terkeluar daripada pakatan pembangkang dengan alasan sendiri, kini Pas dituduh sebagai balaci Umno.

Ternyata Dap amat memusuhi kerajaan yang memerintah terutamanya Umno tetapi DAP tidak tidak memusuhi orang orang Umno dan BN.

Matlamat Dap hanya mahu menang dan menawan Putrajaya sahaja. Mereka menerima sesiapa sahaja ahli politik yang sudi bersama mereka, tak kira daripada orang Umno, Pas atau lain lain komponen BN.

DAP hanya perlukan 10% undi Melayu dan akan berjaya jika parti Melayu yang bertaraf pembangkang bersama mereka.

Kesudian dan kemesraan yang ditunjukkan oleh Dap terhadap usaha mereka menarik lawan menjadi kawan amatlah menakjubkan.

Kita lihat bagaimana Anwar Ibrahim dihentam hebat semasa menjadi Timbalan presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri sehingga Mahathir Mohamad sanggup memecat Anwar dan menjarakkan beliau selama 15 tahun. Selepas Anwar bebas dari penjara Anwar menjadi teman tidur kepada Lim Kit Siang.

Kini giliran Mahathir Mohamad pula diperkudakan oleh Dap setelah tertubuhnya PPBM. DAP sanggup melupakan segala tuduhan jelik terhadap Mahathir selama lebih 22 tahun menjadi PM.

Sedih apabila Pas masih kekal dengan agenda Hudud untuk PRU 14 maka Pas tersingkir dan di hina nista seburuk buruknya oleh Dap.

DAP berjaya menjahanamkan Pas dengan menubuhkan Pan pimpinan Mat Sabu.

DAP juga berbangga dengan kejayaan mereka mengadakan demonstrasi Bersih 1.0 hingga Bersih 5.0.

DAP begitu yakin dengan PAN akan melenyapkan pengaruh Pas. DAP juga yakin dengan parti serpihan Umno iaitu PPBM.

Semalam 14 Oktober segala keyakinan dan harapan Dap musnah. Tanpa Pas mereka tidak ke mana.

Sejak dahulu lagi kita tahu kekuatan Dap dan PKR hanyalah bersandarkan sokongan padu daripada Pas.

Pkr berjaya memerintah Selangor adalah kerana Pas, Dap berjaya memerintah Pulau Pinang adalah kerana Pas.

Kemenangan ahli parlimen DAP dan PKR di negeri-negeri lain adalah kerana Pas. PAS menjadi balaci Dap sejak awal 90an.

Kini yang pasti Pakatan tiada Harapan akan kalah teruk dalam PRU akan datang.

Kemasukan Mat Sabu, Muhyiddin Yassin, Mukhriz dan Mahathir ke dalam kem Dap bakal dihukum oleh rakyat yang tertipu dengan cara politik Dap.