Sabtu, 28 Oktober 2017

KENYATAAN PLUS BERHUBUNG KONSESI TOL BATU TIGA

Menjawab posting Rodziah Ismail.
**************
#Bajet2018 #PrkDr

Plaza-plaza tol di Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2) iaitu Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau merupakan sebahagian daripada Perjanjian Konsesi Lebuhraya Utara-Selatan.

Bagi mengurangkan kesan kenaikan tol terhadap rakyat, kadar tol di Lebuhraya PLUS termasuk di Plaza Tol Batu Tiga telah distruktur semula pada tahun 1999, 2002 dan yang terbaru pada tahun 2011.

Sekiranya mengambilkira terma di dalam *Perjanjian Konsesi asal, di mana Konsesi tersebut akan tamat pada 2018*, kadar tol di Plaza Tol Batu Tiga adalah RM2.40 berbanding kadar yang sedia ada iaitu RM1.10 yang kekal sejak tahun 2005. Tiada kenaikan kadar tol telah dibenarkan oleh Kerajaan di Batu Tiga sejak tahun 2005.

Sejak PLUS mengambilalih pengurusan dan penyelenggaraan laluan di antara Batu Tiga dan Sungai Rasau, laluan yang dahulunya terdiri daripada 2 lorong telah dinaiktaraf kepada laluan 3 lorong (dua hala). Projek naiktaraf bernilai RM410 juta tersebut telah dilaksanakan di antara tahun 1992 dan 1993 sebelum ia dibuka sepenuhnya pada tahun 1993. Setiap tahun, PLUS mengeluarkan belanja yang besar untuk menyelenggara laluan di antara Batu Tiga dan Sungai Rasau.

Perjanjian Konsesi Tambahan pada tahun 2011 juga menetapkan bahawa tempoh konsesi untuk semua rangkaian lebuh raya PLUS tidak akan dilanjutkan selepas ia *tamat pada 31 Disember 2038*.