Jumaat, 13 Oktober 2017

RCI Forex: Siapa Bakal Ditangkap?


Panel Jawatan kuasa Siasatan DiRaja (RCI) Forex telah pun mempersembahkan laporan dan penemuan mereka kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong tentang kehilangan atau kerugian RM31.5 bilion akibat urus niaga matawang asing oleh Bank Negara.

Rakyat sudah pun tahu sejumlah RM31.5 bilion hilang antara 1991 hingga 1994 tetapi tiada tindakan diambil kepada sesiapa pun. Rakyat juga sudah tahu sistem Bank Negara ketika itu tiada “check and balance”. Rakyat juga diberitahu terdapat pengolahan laporan untuk sembunyi kan nilai sebenar yang hilang.

Besar hajat rakyat agar mereka yang benar-benar tanggung jawab kepada kerugian itu dibawa ke pengadilan mahkamah. 

Ini adalah kerana Rakyat tidak boleh menerima keterangan “tidak tahu” dan “tidak ingat” yang diberi saksi-saksi penting yang telah dipanggil. 

Rakyat juga tidak yakin dengan keterangan Muhamad Nor Yackop yang mahu mengambil semua tanggung jawab seolah mahu menyelamat bekas ketuanya.

Inilah yang membuat Tun M, Tun Daim dan Anwar Ibrahim tidak tidur malam.

#TolakPakatanPRU14

#KekalBN

 #KlentongBasi